2010/04/24
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUTTERWORTH: Akibat perselisihan faham, seorang hakim Mahkamah Sesyen Butterworth pengsan ditumbuk suami seorang hakim mahkamah sama di lobi bangunan itu, petang kelmarin.
Menurut sumber, hakim berusia 40-an itu ditumbuk di muka oleh suami hakim berkenaan yang datang menjemput isterinya, kira-kira jam 5.30 petang selepas berlaku perselisihan faham antara isterinya dengan lelaki berkenaan sebelumnya.
Katanya, pada mulanya suami wanita itu bertengkar mulut dengan hakim lelaki itu sebelum dia menumbuk mangsa sehingga menyebabkan hakim berkenaan pengsan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kecemasan.
Menurutnya, hakim itu dibenarkan keluar hospital pada hari sama selepas mendapat rawatan dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
“Kejadian itu dipercayai berpunca akibat salah faham mengenai seorang jurubahasa mahkamah di antara hakim wanita berusia 30-an dengan mangsa.
“Pagi kelmarin, mangsa meminta jurubahasa hakim wanita itu menghadiri kes dikendalikannya kerana jurubahasanya cuti sakit tetapi disebabkan beban kerjanya sendiri, jurubahasa diminta itu tidak menghadiri kes berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment