revive 7 up 1.5 L FREE stlh tkr tin ksng ISOTONIK jenama lain apa2 saiz pun d SG $ sblh starbucks bmula 12 pm pd 17, 18, 19, 24, 25 & 26 april lalu...

... siap dpt 34 "baucer" KFC (rm17) d plkt btl tersbt. beli 1 koton tin (325 ml x 12 = $21) d c4 & buka penutup serta mskkan air gas smula ke dlm 5.5 L btl ksng mineral ($4) sebagai stok smpn + bg tin ksng berkenaan kpd sesiapa yg tiada tin utk tbs revive semasa mrk brada d sana (tesco pun ada mengambil bhgn jgk) so win2 berlaku!?

slp x dtg awal. jk x dpt bkln donut PERCUMA utk 1 thn




http://krispykreme.com.my/


dpt kupon stlh bermlm d berjaya T sq dr 3 pg isnin. mamat yg ke 100 dtg 7.30 pg. mnh pertama 5 ptg hr sabtu. peraduan bermula jumat tgh mlm. buka kedai pd 10 pg isnin.



Thursday, April 23, 2009

adakah penjara mrk sama dgn penjenayah2 yg jauh lbh brt kesnya mcm perogol, pembnh & lain2? jom kita tanya jakim + tv9 skrg by phone @ email!



Penjara dakwah AkoOleh Murni Wan Omarmurni@hmetro.com.my
HULU KLANG: “Hukuman ini sebagai satu dakwah kepada Ako dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan dilarang agama,” kata Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadap pelakon terkenal, Ako Mustapha.Ako Mustapha atau Muhaizat Ahmad Mustapha, 37, disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam.Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Ako datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu dan membuat pengakuan bersalah selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding.
Wan Mahyuddin dalam penghakimannya, berkata Ako sebagai seorang Muslim sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pasangannya bukan Islam dan tidak seharusnya duduk berdua-duaan kerana ia akan membawa kepada dosa lebih besar iaitu zina.“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan akhirat, maka jangan dia berkhalwat dengan perempuan tanpa mahram. Tertuduh seorang pelakon dan menjadi ikutan serta idola terutama kepada remaja Islam.“Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah mengambil kira masa tangkapan iaitu pada jam kira-kira jam 1 pagi, tertuduh mempunyai niat untuk bermalam di situ dan keadaan tertuduh yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju,” katanya.Wan Mahyuddin berkata, mahkamah mengambil kira kegagalan Ako hadir bagi mendengar prosiding khalwat itu sejak mula disebut 2007 sehingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap, awal Januari lalu.“Perbuatan ini (tidak hadir) seolah-olah penghinaan kepada mahkamah. Walaupun dalam rayuan, ini kesalahan pertama yang dilakukan tertuduh, tetapi prinsip mencegah lebih diutamakan. Gejala sosial terlampau teruk walaupun hukuman maksimum dikenakan, ia tidak memberi kesan.“Mereka seolah-olah bangga dengan perbuatan tidak bermoral ini. Kita perlu tutup lubang maksiat. Jika dijatuhkan hukuman ringan, kesalahan ini akan dianggap remeh. Mahkamah bimbang ia menjadi ikutan,” katanya.Terdahulu peguam syarie, Zuhri Zabudin Budiman dalam rayuannya, berkata anak guamnya insaf dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.Ako yang memakai kemeja biru dan berseluar hitam terkejut selepas keputusan dibacakan pada jam 10 pagi.Zuri Zabudin memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.Wan Mahyuddin memerintahkan permohonan itu difailkan serta-merta.Sementara menunggu permohonan itu difailkan, pegawai membawa Ako ke pejabat agama sebelum permohonan penangguhan itu disebut semula di mahkamah pada jam 4 petang.Zuri Zabudin dalam permohonannya itu berkata anak guamnya memohon pelaksanaan hukuman ditangguh sementara menunggu keputusan rayuan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam. “Isteri Ako, seorang suri rumah, Kartina Shuaib Abdullah, 27, tidak bekerja. Jika hukuman penjara dikenakan, Ako sebagai pelakon akan hilang wang pendapatan untuk menyara keluarganya,” katanya.Wan Mahyuddin dalam keputusannya membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu.Bagaimanapun, beliau memerintahkan denda RM3,000 dibayar serta-merta dan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan.Ako ketika ditemui enggan memberi komen sebaliknya hanya mengatakan: “Saya dalam proses menerima keadaan ini.”

waktu siang dpn rmh plk... mrk smkn terdesak @ kita x bersatu menentang "msh" negara ini?!

Tangan wanita hampir putus kena tetak

PETALING JAYA: Seorang wanita hampir kehilangan tangan kanan manakala tiga jarinya berkemungkinan lumpuh selepas ditetak dalam satu kejadian samun di hadapan rumahnya di Jalan Kiara Bandar Seri Damansara di sini, Isnin lalu. Ketika kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa yang ditemani dua anaknya berusia 11 dan 8 tahun turut kerugian hampir RM10,000 apabila rantai emas pusaka hadiah perkahwinan daripada ibu mentuanya dilarikan. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ema, 37, berkata ketika bersembang dengan jiran, tiba-tiba dua lelaki yang memakai topi keledar menghampiri mereka sebelum mengeluarkan sebilah parang.
“Saya tergamam dengan tindakan mereka sambil memeluk kedua-dua anak manakala jiran melarikan diri ke dalam rumah. “Suspek kemudian menghunuskan parang ke arah saya dan meminta agar menyerahkan rantai emas yang dipakai, manakala anak-anak saya menangis kerana ketakutan,” katanya. “Berikutan jeritan anak, suami yang berada di dalam rumah bergegas keluar untuk membantu. Suspek yang terkejut menghayunkan parang hingga mengenai lengan kanan saya,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Ema berkata, suspek yang terkejut dengan kecederaan dialaminya kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal yang sedia menunggu. “Saya kemudian dihantar ke hospital swasta berhampiran sebelum doktor yang merawat memberitahu urat yang mengawal tiga jari saya terputus dan berkemungkinan ia hilang fungsi,” katanya.

so sape kata nkh d siam x sah plk, kan? org2 fasik & jahil lah tuh... hidup rita, aidil, bpk sarah & yg lain2 sbb bjaya berbndg drpd kena tngkp khlwt!

Pernikahan Rita - Aidil sah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memutuskan pernikahan pelakon, Rita Rudaini bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 diputuskan sah.Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputsan itu selepas meneliti dokimen yang disediakan dan memerintahkan pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm



Raisudin didenda RM1,000 kahwin tanpa kebenaran
HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon, Raisudin Hamzah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah bersubahat dengan isteri keduanya berkahwin tanpa kebenaran di Songkhla, Thailand pada Januari 2007.Raisuddin, 53, mengaku bersalah berkahwin atau melakukan upacara akad nikah dengan pasangannya Siti Fatimah Suberi, 21, di sebuah kampung di Thailand, pada jam 12.30 tengah hari, 2 Januari 2007.Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhamad dalam keputusannya mensabitkan Raisudin bersalah dan menjatuhkan hukuman denda itu, sekiranya tidak dibayar akan dipenjarakan dua bulan.Terdahulu, menjawab pertanyaan hakim, Raisudin berasal dari Parit, Perak dan berpendapatan RM5,000 sebulan, mengakui pengakuan bersalah itu dibuat secara sukarela serta faham akibatnya.


Raisudin didakwa mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada 5 Februari lalu, mahkamah sama menolak permohonan bapa kepada Siti Fatimah, Suberi Abullah, 48, yang mahu memfaraqkan (membubarkan) pernikahan anaknya itu, selepas mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu.

*p.s. 1) jadah apalah nak memFARAQkan pernkhan pd hal anak dara dah d"FARAJ"kan @ rasmi/jimak pun?!
2) apasal rita & aidil x kena denda plk sbb nkh tanpa kebenaran!? zmn nabi mana ada camnie...

penjenayah smkn krng ajr... apa crt WM? entahkah, labu!

Pelajar kolej diugut dengan pistol jadi habuan dua lelaki ‘lalok’
SUBANG JAYA: Bimbang dengan ugutan ditembak mati dengan pistol dari jarak dekat, seorang gadis yang juga penuntut kolej swasta terpaksa merelakan dirinya diperkosa bergilir-gilir sebelum dirompak dua penjenayah ‘lalok’ yang khayal di bawah pengaruh dadah.Dalam kejadian tragis itu, mangsa yang berusia 17 tahun turut diculik lebih dua jam oleh suspek yang dikesan berkeliaran mencari mangsa menggunakan Perodua Kancil.Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan memandu kereta bersendirian sebelum memasuki kawasan meletak kenderaan tidak jauh dari bangunan kolejnya itu.Menurutnya, mangsa ketika itu masih berada dalam kenderaan dihampiri dua lelaki yang menaiki Perodua Kancil.


“Suspek yang memberhentikan kenderaan tidak jauh daripada kereta mangsa kemudian mendekatinya yang ketika itu baru membuka pintu kereta.
“Pada masa sama, seorang daripada suspek mengeluarkan sepucuk pistol sebelum mengacukannya ke arah mangsa,” katanya.Menurutnya, mangsa yang tergamam dengan kejadian itu ditarik masuk ke dalam kereta suspek sebelum dilarikan dari kawasan itu.Difahamkan, mangsa penuntut baru di kolej itu dilarikan sejauh kira-kira dua kilometer sehingga sampai di sekitar kawasan Puchong, dekat sini.“Sebaik sampai di kawasan terbabit, mangsa diarah masuk ke sebuah rumah kedai. Mangsa kemudian diperkosa bergilir-gilir oleh suspek yang berusia sekitar 20-an dan 40-an.“Selepas puas memperkosa mangsa, suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki termasuk wang dan telefon bimbit,” katanya.Menurutnya, penjenayah bagaimanapun tidak puas hati dengan jumlah rompakan yang terlalu kecil sebelum mengugut mangsa supaya membuat pengeluaran wang di bank.“Mangsa dibawa suspek menuju ke sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sebelum diarah membuat pengeluaran wang menggunakan kad ATM.“Mangsa kemudian menyerahkan wang simpanannya berjumlah lebih RM1,000 kepada suspek sebelum dibawa menaiki Perodua Kancil ke destinasi tidak dinyatakan,” katanya. Difahamkan, mangsa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu sebelum mangsa menghubungi keluarga bagi meminta bantuan.

bahana nafsu @ sbb memperlekehkan nkh gantung siam kononnya low class akhrnya bala trn ke atas smua dlm pelbagai bntk baik bah, tsunami, tnh rnth &...

*p.s. rm500 termsk kos bas p blk berdua dr kL ke golok tanpa paspot ikut sungai & dpt sjl nkh mjls agama islam narathiwat (MAIN)


Bahana nafsu
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my





SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.



Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.


Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.


Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.


Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya

sape ada smn jgn dbnrkan bwk bas, TOLOL! maaf, guna bhs ksr memandangkan ckp baik dah x de guna lg... x kan dah bertukar krajaan baru nak serius, kot?

Kereta diseret 15 meter sebelum meletup
Oleh Mohd Roji Abdullah mdroji@bharian.com.my
ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas dirempuh bas ekspres di KM 16, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Kampung Parit Kaspan, Batu Pahat, semalam. Dalam kejadian itu, kereta dipandu suri rumah, Siti Kalsom Borhan diseret bas lalu terbakar dan turut meragut nyawa dua anaknya Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3.
Tiga beranak dalam perjalanan pulang dari kelas Tadika ketika nahas dengan basBATU PAHAT: Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar.
Mayat Siti Kalsom serta dua anaknya, Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3, ditemui terperangkap dalam kereta, manakala pemandu bas ekspres serta lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan awal polis mendapati pemandu bas ekspres itu memiliki enam kesalahan lalu lintas sebelum ini, kebanyakannya kerana memandu melebihi had la-ju. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata bas berkenaan dipercayai mengekori rapat kereta mangsa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Kancil ketika Siti Kalsom hendak membelok ke simpang jalan Kampung Parit Kaspan.
Beliau berkata, orang ramai cuba menyelamatkan tiga beranak itu, tetapi gagal apabila api marak dengan cepat. Ketika kejadian, Siti Kalsom dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Kaspan selepas mengambil Shahira Aishah dari kelas Tadika di Batu Pahat. Pemandu bas berusia 46 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu kini ditahan di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Polis juga mengambil sampel darah dan air kencing pemandu bas itu untuk ujian dadah atau alkohol.

bdh btl bdk2 nie sbb ingat bunyi pontianak plk... nsb x kojol bayi tersbt. nama je islam tp awt penakut? jk brani, penjenayah x blh "buat" rezki!

PEKAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah di sini menemui seorang bayi lelaki berbalut kain lampin dan dikerumuni ribuan semut ditinggalkan di pondok bas, di Taman Pelangkah, pagi semalam. Dalam kejadian jam 6.30 pagi, pelajar terbabit, Nur Ainna Syaqina Reduwan, 16, berkata, ketika menghampiri pondok menunggu bas itu beliau terdengar bunyi tangisan dari bawah tempat duduk pondok berkenaan sebelum memeriksanya. Pelajar terbabit berkata, beliau melihat bungkusan putih sebelum menguatkan semangat untuk mengambil dan membukanya.
"Saya sangka tangisan itu sebagai gangguan kerana kawasan perhentian berkenaan dikatakan berhantu kerana ramai yang mendakwa pernah melihat lembaga aneh, tapi rupa-rupanya seorang bayi lelaki berbalut dengan kain lampin serta digigit semut. "Kasihan melihat keadaan bayi itu lemah dan kesejukan saya mengangkatnya dan memanggil jiran sebelum memintanya menghantar ke Hospital Pekan (HP) untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam. Anak kedua dari tujuh beradik itu membuat laporan berhubung penemuan bayi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pekan selepas memaklumkan kepada ibunya, Rosilawati Abdul Razak.
"Sebaik ke sekolah, beberapa rakan menceritakan terdengar tangisan di pondok bas terbabit sejak malam semalam (kelmarin) dan mereka menyangka tangisan pontianak, sebelum saya memberitahu keadaan sebenar kepada mereka," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek, ketika ditemui, di sini, mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi seberat 3.05 kilogram berkenaan. Beliau berkata, bayi lelaki terbabit masih menerima rawatan lanjut di HP sebelum dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan untuk tindakan lanjut.

jk mampu rekod percakapan penerbit tonton & menang skrin tv9 agr blh digunakan sebagai bukti sekiranya dia berbhng...

... sbb kt nak layari lmn webnya x dpt tp dia kata hit berjuta2 plk!?

http://www.tv9.com.my/tonton&MENANGSKRIN

patut depa buat mcm tv3 mdh maklumat dprolehi sbb semuanya dilinkkan berbndg paparkan d tv je.