Saturday, March 20, 2010

gara2 BN = Barang Naik, Bencana Negara, Beruk Nyayok, Baruah Neraka, Be eNd...

Keluarga pecah belah ganggu lahir modal insan berkualiti


2010/03/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera adalah asas paling penting mencapai kemajuan dan kejayaan.
Oleh itu, jika sesebuah negara mengalami kepincangan dalam sudut itu boleh meninggalkan kesan negatif terhadap pembangunan yang dilaksanakan.


Keruntuhan institusi kekeluargaan akan mengganggu usaha melahirkan modal insan yang berhemah dan berkualiti buat negara sebaliknya meningkatkan lagi masalah akhlak, gejala sosial seperti pembuangan bayi, perceraian dan penderaan kanak-kanak. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2008, sekurang-kurangnya 25,922 pasangan suami isteri bercerai berbanding 25,386 tahun sebelumnya. Katanya, jumlah pasangan yang berpisah dalam tempoh dua tahun itu mencatatkan peningkatan 536 pasangan iaitu satu senario yang mahu dielakkan. Malah, katanya, pada tahun lalu pula, 40 kes kanak-kanak dibuang keluarga dan kes mereka dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Statistik JKM pula pada tahun lalu, 1,576 kanak-kanak terbabit dalam kes penderaan. Beliau berkata, kerajaan prihatin setiap isu yang membabitkan masyarakat dan bagi meningkatkan kesedaran serta kepekaan masyarakat di Malaysia, Karnival Utamakan Keluarga bertemakan Sehati, Sejiwa Untuk Keluarga akan diadakan di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, Selangor, 28 Mac ini “Kerajaan berharap melalui program karnival sedemikian masyarakat Malaysia akan lebih peka terhadap isu kekeluargaan dalam mencapai kehidupan yang lebih sihat, sejahtera dan berkualiti,” katanya.

No comments:

Post a Comment