Sunday, April 25, 2010

taktik main lepas tangan cam biasa...

Ibu bapa boleh ajar pendidikan seks
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@bharian.com.my
2010/04/25
Usaha pupuk kesedaran jangkitan HIV, Aids lebih berkesan hindar gejala sosial

BUKIT BERUNTUNG: Kementerian Pelajaran belum bercadang memperkenalkan matapelajaran pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pendidikan seks termasuk usaha mencegah jangkitan HIV dan Aids sebenarnya boleh dimulakan dari rumah. “Dalam konteks ini peranan ibu bapa sangat besar bagi memastikan anak diberikan ilmu mencukupi mengenai perkara itu. Justeru, ibu bapa perlu berusaha mendapatkan kemahiran asas bagi mendidik anak mereka di rumah dengan langkah yang betul.

“Mereka perlu kerap mengikuti kursus, seminar dan bengkel keibubapaan dianjurkan pelbagai pihak sebelum memulakan pendidikan itu di rumah, selain sentiasa memantau aktiviti anak mereka pada masa lapang termasuk yang melayari internet dan menggunakan telefon bimbit.

“Langkah ini bagi mengelakkan anak-anak memuat turun pelbagai gambar tidak bermoral,” katanya selepas merasmikan Program Menara Ilmu Kecemerlangan Pendidikan 2010, dekat sini petang semalam.

Selain di rumah, katanya, melalui pendekatan penerapan pendidikan seks boleh diajar di kelas melalui penerapan ilmu dalam mata pelajaran Biologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Beliau berkata, langkah berkesan diusahakan guru dan ibu bapa diharap dapat menghindarkan masalah gejala sosial seperti hubungan seks rambang, penyalahgunaan dadah dan kes buangan anak di kalangan remaja yang semakin berleluasa pada masa ini dan jika ia tidak di kekang segera, ia akan menjadi lebih buruk.

“Ibu bapa tidak perlu malu memberikan nasihat dan pendidikan secara terbuka kepada anak mengenai seks. Saya yakin kita mampu bertindak sendiri dan juga membantu kerajaan menangani gejala sosial,” katanya.

No comments:

Post a Comment