klik pd gmbr2 d atas
Pendapat berbeza
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Reaksi bercampur diterima daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila ditanya mengenai penubuhan Kelab Poligami Ikhwan (KPI) yang dilancarkan secara rasminya minggu lalu.
KPI dibangunkan dengan matlamat ‘menyuburkan’ amalan poligami di kalangan umat Islam itu nyata mendapat perhatian serius NGO yang menyokong dan menentangnya atas alasan tertentu demi masyarakat.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih, Siti Noridah Dallah, berkata KPI tidak perlu ada sekiranya berniat membantu golongan lemah berikutan akan mengundang banyak masalah berbanding kebaikan.
Katanya, penerimaan masyarakat yang masih menolak poligami sekali gus menjadikan kewujudan kelab itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan faedah baik kepada wanita belum berkahwin mahupun ibu tunggal.
“Saya berpendapat lebih banyak masalah daripada kebaikannya kerana bukan semua wanita sukakan poligami dan jika adapun hanya segelintir yang benar-benar faham...itupun berapa kerat saja mungkin di kalangan ahli KPI saja.
“Kalau betul mahu membantu golongan lemah termasuk pelacur atau ibu tunggal ini, banyak lagi cara lain mengikut nas al-Quran...(dan) kita ada majlis agama Islam, tidak perlu kelab sebegini,” katanya, semalam.
Metro Ahad semalam melaporkan Penasihat KPI, Hatijah Aam, 54, yang juga isteri kedua pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad menubuhkan kelab itu sebagai usaha memperbetulkan kepincangan masyarakat dan memperjuangkan poligami yang indah serta halal.
Golongan sasarannya termasuklah pelacur, ibu tunggal dan anak dara lewat usia dengan poligami dianggap antara jalan keluar golongan terbabit kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan lebih baik.
Bagi Pensyarah Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa, Yusri Mohamad, terdapat keperluan untuk menjernihkan imej poligami yang ketika ini dipandang negatif masyarakat kerana bukan semuanya berakhir dengan masalah.
Justeru, katanya tindakan menubuhkan KPI dilihat tidak mengundang perlakuan buruk sebaliknya masyarakat perlu berhati-hati dan perlu menilai kewajaran mengikuti kelab itu secara mendalam.
“Secara umum tidak salah (tubuh KPI) tapi kelab ini masih baru lagi...bukan kelab tidak baik, ia macam kelab sokongan jugalah...tapi kena berhati-hati sikit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal, melahirkan rasa terharu kerana ada wanita yang sangat luhur hati ikhlas seperti isteri Nabi Muhammad SAW yang berpoligami.
No comments:
Post a Comment