Thursday, February 19, 2009

dah agak yg obama lbh hprk drpd bush sbb jht beliau x ketara...

Obama hantar 17,000 askar ke Afghanistan

Langkah stabilkan keamanan di negara kian bergolakWASHINGTON: Presiden Barack Obama semalam meluluskan penempatan seramai 17,000 tentera Amerika Syarikat ke Afghanistan sambil menyifatkan ia perlu untuk menstabilkan keamanan yang semakin merosot di negara itu. "Tiada tugas paling serius sebagai Presiden selain membuat keputusan untuk menempatkan pasukan bersenjata kita dengan cara itu," kata Obama dalam satu kenyataan.
"Saya hari ini mengakui keadaan di Afghanistan dan Pakistan menuntut perhatian segera dan tindakan pantas." Obama berkata perintah berkenaan adalah sebagai jawapan kepada permintaan sebulan lalu oleh komander Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David McKiernan yang meminta tambahan 30,000 tentera. Presiden itu berkata bagi memenuhi keperluan keselamatan yang segera, beliau meluluskan satu permintaan oleh Setiausaha Pertahanan, Robert Gates untuk menempatkan Marine Expenditionary Brigade musim bunga ini dan Army Stryker Brigade serta pasukan sokongan akhir musim panas ini.
Rumah Putih berkata seramai 17,000 tentera akan dihantar ke Afghanistan menjelang pilihan raya negara itu yang dijadualkan pada 20 Ogos. Ditanya mengenai kemungkinan arahan selanjutnya pada masa depan untuk menambah tentera lagi, seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu AFP bahawa ia tidak mungkin berlaku sebelum kajian menyeluruh strategi Amerika Syarikat di Afghanistan dan Pakistan disempurnakan. "Penambahan terbaru itu penting pada masa ini kerana kami menjangka pertempuran akan meningkat pada musim bunga dan sempena pilihan raya akan datang," kata pegawai berkenaan yang enggan mendedahkan nama. – AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090219071325/Article/indexworld_html

perogol x kena tngkp... mana p keadilan? inilah gara2 arak memabukkan!

Amah Indonesia dipenjara 5 tahun

KUALA LUMPUR: Pembantu rumah warga Indonesia yang menyebabkan kematian anak kandungnya dengan menekup mulut dan hidung menggunakan tangannya dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Unah Suma, 28, yang mengandung bayi itu selepas dirogol anak saudara majikannya dalam keadaan mabuk, didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kematian bayi baru lahir dan diarah menjalani hukuman bermula tarikh dia ditangkap 3 Jun 2007. Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz yang menjatuhkan hukuman itu berkata, Unah yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun di negara asalnya, seharusnya memiliki naluri keibuan untuk menyayangi bayi itu seperti anak sulungnya.
“Walaupun kamu (tertuduh) tidak suka kepada bapa bayi itu yang merogol kamu, bayi itu tetap zuriat dan darah daging kamu. Kamu seharusnya menyayanginya, bukan melepaskan geram padanya. “Saya sendiri rasa sedih, walaupun saya hakim, saya juga manusia dan seorang bapa, semua orang pun tidak boleh terima perbuatan ini (membunuh),” katanya. Unah dituduh melakukan pembunuhan itu dalam keadaan belum pulih daripada kesan melahirkan bayi dengan pertimbangan fikirannya yang terganggu di rumah majikannya di Taman Wahyu di sini, antara jam 1 hingga jam 2.30 pagi, 3 Jun 2007.
Dia mulanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi tuduhan membunuh yang membawa hukuman mati mandatori tetapi memilih mengaku bersalah apabila ditawarkan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 309A akta sama. Mengikut fakta kes, seorang lagi pembantu rumah, Nina Listianingsih yang sedang tidur bangun membuka lampu bilik apabila mendengar tangisan bayi dan melihat Unah memegang bayi dalam keadaan kakinya kangkang berlumuran darah. Unah meminta Nina mengambil air dan apabila kembali, beliau mendapati bayi itu masih menangis, Nina keluar untuk mengejutkan majikannya namun tiada jawapan. Sebaik kembali semula ke bilik itu, beliau nampak tertuduh duduk di lantai dalam keadaan terkangkang sambil sebelah tangannya memegang kepala bayi dan satu lagi menutup mulut serta hidung bayi sehingga tiada tangisan kedengaran.
Selepas sejam, Nina menyoal Unah di manakah bayinya dan tertuduh memaklumkan sudah mati serta mahu membuangnya. Unah memasukkan bayinya ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya di tong sampah depan rumah pada jam 7 pagi. Nina kemudian memaklumkan perbuatan itu kepada majikannya, yang kemudian membuat laporan polis.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090219010442/Article/index_html

Friday, February 13, 2009

SEMANIS KURMA - DITEBUK TUPAI = camner blaku + cara2 atasinya

dr pengalaman kwn2, mula2 main pegang tgn dgn berpimpinan then br lah... ada byk cr & slh 1 nya dgn menkh siam memandangkan org2 dulu mcm tok nenek kita pun depa bersama secara HALAL pd umur belasan thn. sedangkan saidina ali pernah bertitah bahawa ajrlah anak2 kamu mengikut zmn mrk. oleh itu, wjdnya kecanggihan teknologi skrg dgn kretanya bkn lg berkuda, satelit, internet, tv, hp & etcs maka khwn smpdn x blh dperlekehkan lg jk kt mahukan msyrkt x bergelumang dgn DOS A bsr then bala trn ke atas tnh air kita dlm bntk tnh rnth, tsunami, bnjr bah + lain2 lg (bkn slh pemaju mahupun krajaan yg luluskan projek)!

moga2 pemkran jelata tentang isu ijab kbl d thailand ini akan berubah dgn revolusinya sepertimana penerimaan kita pd dsr perswastaan negara dr LLN kpd TNB (ingat lg ms kcl dulu, kwn2 cemuh jk ada bpk yg berniaga serta bangga kalau ayah seorg staf government tp kini sblknya berlaku).

*p.s. smlm lupa nak bgtau penonton d slrh MY & pengacara jk nak info lbh, sila layari blog ini (mngkn lain kali kot). namun bersykr gak sbb 1st time dpt berborak dgn mrk (guna nickname MAL segambut ke talian 1800881677). la ni x sbr nak msk kan link tersbt (cuma dah x blh copy paste kan html mcm 999 tv3 dulu) ke lmn web sy.

http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=semanis+kurma+ditebuk+tupai&btnG=Carian+Google&meta=&aq=f&oq=

Thursday, February 12, 2009

patutlah plbr2 asng lari gara2 PDRM hprk? jgn smpi US & PBB kenakan sktn ekonomi terhdp MY! aku ykn paklah seorg liberal (x de no siri kertas undi)...

Cops: Umno Youth gathering illegal
KUALA LUMPUR: Police have classified the gathering in front of DAP national chairman Karpal Singh’s office on Tuesday as illegal and have identified five people involved.
City police chief Deputy Comm Datuk Muhammad Sabtu Osman said no permit was granted for the gathering. Some 200 Umno Youth members took part in it.
He said police would record statements from the five this week. He was responding to Karpal Singh’s allegation that police were “cooperating” with the demonstrators who had gathered outside his Jalan Pudu office.
DCP Muhammad Sabtu said 89 police reports were made against Karpal Singh for his remarks over a suit he intended to file against the Sultan of Perak.
Police interviewed Karpal Singh for more than two hours yesterday in relation to two of the reports.
On the Umno Youth demonstration, Karpal Singh said it should not be part of the Malaysian culture.
“If there is a memorandum, please come as gentlemen. I don’t run away from challenges,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/12/nation/3251523&sec=nation

bdh punya lembu, dah dkt dgn thai pun depa msh berlagak x nak nkh siam yg mana bkn je blh ehem2 lps tu mlhn mampu membantu ekonomi muslim d sana lg...

Gelora nafsu lepas bertunang Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my
ALOR STAR: Belumpun sempat bergelar pengantin baru, malah baru sembilan jam bertunang, sepasang kekasih yang kemaruk cinta dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah motel dekat sini, tengah malam kelmarin. Pasangan berusia 20-an dari Pendang itu dikatakan menyewa di bilik di motel itu kerana beranggapan sudah mempunyai 'lesen' untuk hidup bersama, tetapi tindakan mereka mengundang padah.Si lelaki yang melakukan kerja kampung ditahan bersama pasangannya selepas mereka mengaku baru bertunang ketika pintu bilik dibuka untuk pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik). Motel itu dikatakan turut diubah suai dan menjadi tempat pasangan muda, terutama pelajar menyewa kerana menawarkan bayaran murah mengikut kiraan jam iaitu sekitar RM20 hingga RM50 bagi satu malam.
Tinjauan Harian Metro mendapati, setiap bilik motel itu dilengkapi pintu besi yang kelihatan seperti pintu bilik mayat bagi membolehkan penyewa mengintai sekiranya pihak berkuasa datang ke kawasan itu.
Penyewa juga boleh menyimpan motosikal dalam bilik motel masing-masing bagi mengelak dikesan orang ramai dan jika dilihat dari luar, kawasan motel yang mempunyai 26 bilik itu seperti rumah penduduk. Sementara itu, empat pasangan remaja berusia belasan tahun turut dicekup kerana menyewa di bilik motel berkenaan untuk memadu asmara. Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh, berkata pasangan baru bertunang itu antara enam pasangan ditahan di motel terbabit dalam operasi cegah maksiat, malam kelmarin. Beliau berkata, kebanyakan pasangan itu memberi pelbagai alasan untuk mengelak ditahan pihak berkuasa. Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan siasatan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kota Star untuk diambil keterangan. Dalam operasi cegah maksiat siri kelima itu, Muhamad Suhaimi berkata, pihaknya dianggotai sembilan anggota dibantu penguat kuasa dari Kuala Muda, Kulim dan Kota Star bermula jam 9.30 malam hingga 3.30 pagi. Katanya, kawasan tertumpu di sekitar pusat bandar raya ini dan Kuala Kedah selain berjaya menahan 18 orang yang disyaki melakukan maksiat di hotel murah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090212092501/Article/index_html

apabila BN di ambang kehancuran, baru tok nak buat kerja ke? biasalah tuh... jika tak, pakatan rakyat pulak tak de isu nanti!

‘Tiada sijil lahir boleh bersekolah’

TAWAU: Semua pelajar tanpa sijil kelahiran, tetapi seorang daripada ibu bapanya adalah warga negara Malaysia, berhak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah secara automatik. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan menghalang pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah seperti itu boleh mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. “Saya nak nyatakan di sini bahawa jika ini ialah satu dasar (yang diguna pakai sebelum ini), hari ini juga saya tukarkan dasar itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Balung, dekat sini, semalam.
Hishammuddin mengulas mengenai keluhan ramai ibu bapa di sini yang mendakwa ada sekolah tidak membenarkan anak mereka memasuki sekolah menengah kerana tidak memiliki sijil kelahiran, walaupun seorang daripada ibu bapa mereka ialah warga negara Malaysia. “Sebagai Menteri Pelajaran, saya ingin menyatakan bahawa dasar berkenaan bukan sesuatu yang saya persetujui dan sekiranya dasar seperti itu wujud, kita tukar hari ini juga. “Ini ialah satu perkara yang adil kerana saya difahamkan proses itu mengambil masa sedikit di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat sijil lahir dan ini menjadi kekangan kepada anak kita ke sekolah,” katanya. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090212000313/Article/index_html

murugiah, devasamy & lain2 x malu ke jk dlabel sebagai perlindung gangster india d MY? biasalah... kalau nak srh bangsa sendiri buat baik memang skr!

Calls for DCP Khalid’s sacking over Kugan case condemned
KUALA LUMPUR: Selangor Chief Police Officer Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar who has been criticised by several politicians over the A. Kugan case has found support from at least 21 Non-Governmental Organisations (NGOs).
About 50 people from the NGOs, mainly from Puchong, the Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF), the MCA Public Services and Complaints Department, and Selangor Justice of Peace Council, condemned all those who criticised and demanded DCP Khalid’s sacking.
“Khalid is a person who is dedicated, fair, brave, considerate, professional and very responsible. He has an excellent relationship with the public and has increased the quality of the police force through various campaigns and programmes.
“We urge the Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan to not to entertain calls made by certain parties who want DCP Khalid removed over Kugan’s death,” said the group’s legal adviser Datuk Theng Book who together with the NGOs handed over a memorandum to Musa supporting DCP Khalid yesterday.
The group arrived at Bukit Aman at about 2.30pm and handed over the memorandum to public relations officer DSP Lai Lee Ching.
Kugan, 22, who was arrested on Jan 14 on suspicion of involvement in a car theft syndicate, collapsed and died in the police station during interrogation on Jan 20.
Police who questioned him have recovered at least 19 luxury cars.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/11/nation/3237735&sec=nation

Tuesday, February 10, 2009

depa ingat jd pro BN x kena tngkp SPRM ke? lg dhmbt sbb paklah lbh utamakan keyakinan pelabur2 asing... hdp PM ke 5 MY!

Arrest warrant out for Mohd Osman (updated)
IPOH: The Magistrates Court here has issued a warrant of arrest against Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Mohd Jailu for failing to turn up in court for his corruption trial.
His sister said he was hospitalised for observation because of a heart ailment, but was unable to produce an MC.
His counterpart Behrang assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi also failed to turn up in court, but his lawyer produced the necessary documentation to prove he was unwell.
The two, whose resignation from PKR last week sparked a sequence of events that ultimately saw the state government falling into Barisan Nasional hands, were charged in a Sessions Court on Aug 25 last year with allegedly receiving bribes over the application for a RM180mil housing project in Sri Iskandar in Perak Tengah.
The case was heard Tuesday at the Magistrates Court because no Sessions Court judges were available.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/10/nation/20090210095044&sec=nation

so, jadilah makjanda branak kndg (smart tag @ nkh siam) drpd andartuh jaga anak sdara je (t n go / bzina)...

Wanita makin cerdik selepas lahir anak

LONDON: Kepercayaan popular bahawa kehamilan mengusutkan minda wanita cuma satu mitos kerana penyelidikan yang dibuat menunjukkan ia sebenarnya memperbaiki kemampuan mental secara berkekalan. Penyelidik yang mengikut perkembangan 2,500 wanita selama lebih 10 tahun mendapati tiada perbezaan antara fungsi otak mereka sebelum dan ketika hamil sebaliknya percaya kehamilan dan keibuan meningkatkan kebijaksanaan wanita. Mereka berkata, gangguan tidur dan anggapan biasa sifat pelupa ketika kehamilan dikaitkan dengan anak adalah penjelasan paling jelas kepada ‘otak bayi.’
Kajian terdahulu mendakwa otak wanita hamil menyusut dari segi saiz dan secara konsisten menunjukkan persembahan lebih teruk berbanding wanita lain dalam ujian ingatan dan skil percakapan. Saintis menyatakan, perbezaan sehebat membandingkan kemampuan mental seseorang berusia 20 tahun dengan 60 tahun. Bagaimanapun, Profesor Helen Christensen, dari Universiti National Canberra di Australia, berkata kajiannya menyangkal penyelidikan terdahulu kerana ia membandingkan wanita sama sebelum dan ketika hamil. - Agensi
“Wanita kerap melaporkan masalah ingatan dan kewarasan selepas hamil. Namun hasil kajian terbaru dari penyelidikan selama satu dekad membuktikan mereka sebenarnya tidak berdepan masalah itu,” katanya. Penyelidik mengkaji 2,500 wanita berusia 20 hingga 24 tahun, pertama kali pada tahun 1999 dan sekali lagi pada tahun 2004 dan 2008. “Kami mendapati kumpulan kedua atau ketiga ditemubual membabitkan wanita yang hamil menunjukkan persembahan sama pada ujian logik dan ingatan seperti sebelumnya. “Ia benar-benar meninggalkan persoalan besar kepada mengapa wanita - dan kerapnya pasangan mereka - berasa ingatan mereka teruk sedangkan bukti terbaik yang kami ada menunjukkan sebaliknya,” kata Christensen. - Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090210064235/Article/indexworld_html

tabik hrmtlah kat geng filipina, kan? mnh mrk pun blh thn cun gak! org kita duduk bwh tempurung jelah...

Arroyo galak rakyat bekerja di luar negara

Filipina perhebat usaha penempatan lebih ramai buruh KETIKA beribu-ribu pekerja Filipina berdepan kemungkinan diberhentikan kerja berikutan krisis kewangan global, Presiden Gloria Arroyo menggesa diperhebatkan usaha untuk menempatkan lebih ramai pekerja negara itu di luar negara. Filipina ketika ini adalah antara sumber utama dunia bagi pekerja mahir dan tidak mahir dengan sembilan juta orang atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduknya, tinggal dan bekerja di 140 negara.
Dalam 11 bulan pertama tahun lalu, pekerja terbabit menghantar AS$15 bilion ke Filipina, menyumbang sekitar 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi bagi tahun itu pada kadar 4.6 peratus. Ketika pengiriman wang dapat melindungi Filipina daripada kesan penuh krisis kewangan, sektor pembuatan dan pakaian negara itu begitu parah dengan kilang terpaksa ditutup dan beribu-ribu kehilangan kerja. Jabatan Buruh Filipina berkata, kira-kira 15,000 pekerja dibuang sepanjang dua bulan lalu manakala 19,000 lagi berdepan pengurangan hari bekerja kepada empat hari seminggu atau kurang.
Dalam senario terburuk, kerajaan negara itu bimbang 800,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini. Kerajaan Arroyo percaya ada pekerjaan untuk rakyat Filipina di luar negara, terutama di Asia Barat dan lebih ramai pekerja diambil oleh negara luar lebih banyak pengiriman wang diterima negara itu. Arroyo membincangkan perkara itu dengan pegawai Arab Saudi di Riyadh minggu lalu semasa lawatan singkat ke negara di mana kira-kira sejuta rakyat Filipina bekerja. Kerajaan Filipina turut menimbangkan menarik larangan lima tahun rakyatnya bekerja di Iraq dan menghantar sepasukan pekerja ke negara itu bulan ini.
Semasa satu lawatan ke Filipina baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Pembinaan Iraq, Bayan Mohammed meminta pihak berkuasa Filipina menimbangkan semula larangan itu. Naib Presiden Filipina, Nolo de Castro, berkata Iraq sedang mencari kira-kira 10 juta pekerja, daripada doktor dan jururawat kepada pekerja pembinaan. Pengangguran di Filipina ketika ini kekal pada 6.8 peratus yang mana kira-kira 60 peratus daripada tenaga kerjanya seramai 39 juta bekerja dalam sektor perikanan, pertanian dan kerja domestik. “Akan ada kehilangan kerja di Asia Timur tetapi ada pekerjaan di Asia Barat kerana negara di rantau itu memberi tindak balas kepada krisis dengan menyuntik dana ke dalam ekonomi mereka,” kata Setiausaha Perancangan Sosioekonomi Filipina, Ralph Recto. Sementara itu, kerja dalam sektor penjagaan kesihatan masih ada di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kerana pertambahan penduduk berusia di sana, katanya. - AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20090210080124/Article/index_html

Monday, February 9, 2009

TAHNIAH SBB X KENA TNGKP KHLWT TP TAHZIAH JGK KERNA BLM BLH DFTR SJL NKH LG...


Raisuddin gagal sah pernikahan
Oleh WAZIHA WAHID waziha@kosmo.com.my
Raisuddin dan Siti Fatimah gagal mengesahkan perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
KUALA LUMPUR - "Selama ini saya anggap kami adik-beradik tetapi tak sangka dia sanggup tikam saya dari belakang."
Demikian luahan pilu seorang peniaga apabila gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi dan pelakon 1980-an, Raisuddin Hamzah secara farakh.
Suberi Abdullah, 48, yang datang bersama ahli keluarganya juga terkilan dengan bapa penyanyi genit Siti Sarah itu yang melarikan anaknya untuk berkahwin di Thailand.
Namun, kemarahannya sedikit reda apabila anaknya, Siti Fatimah, 22, berjumpa dan mencium tangannya sebelum beredar meninggalkan mahkamah bersama Raisuddin.
Terdahulu dalam prosiding semalam, Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan pengesahan nikah oleh Raisuddin, 52, dan isteri atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kedua-dua kes itu.
Beliau memerintahkan pasangan itu memfailkan permohonan pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi kerana ia membabit isu poligami.

pljr2 dnsht agr bljr smpi bjk & manakala petugas2 plk kerja hingga kaya raya supaya PDRM yg berkualiti lg ramai dlhrkan + penjnyh smkn tiada

Ajal ketika cuba rompak kali ke-3Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my
DENGKIL: Sekumpulan penjenayah yang dalam perjalanan untuk menyamun kali ketiga dalam tempoh tiga hari selepas mengaut hasil lumayan dalam rompakan pertama dan kedua menemui ajal apabila ditembak ketika cuba menyerang polis dengan senjata tajam di Jalan Meranti, dekat sini, tengah malam semalam.Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam, kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Ah Boy dan dianggotai empat lelaki - tiga warga Indonesia dan seorang warga tempatan - dikatakan nekad menyerang polis dengan celoret dan sabit sebaik kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dikepung polis.Tindakan anggota geng itu menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan akibat ditetak sebelum dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui di lokasi kejadian berkata, siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan samun bersenjata di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, Geng Ah Boy amat berbahaya kerana mempunyai kecenderungan mencederakan kebanyakan mangsa dirompak walaupun mangsa tidak melawan dan menyerahkan semua barang berharga dimiliki.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan Naza Ria hitam dinaiki kumpulan itu dilaporkan dicuri pada Oktober tahun lalu di Damansara.“Polis turut menemui satu beg bimbit berisi komputer riba milik Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Selangor selain dekoder dan beberapa dokumen penting miliknya dalam kereta suspek.“Siasatan polis mendapati suspek sebelum ini merompak mangsa (Ketua Penolong Pengarah) di rumahnya di Shah Alam, Khamis lalu. Besar kemungkinan suspek sedang merancang melakukan rompakan di sekitar kawasan Dengkil,” katanya.Beliau berkata, dua daripada empat suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun itu memiliki pasport Indonesia yang sudah tamat tempoh manakala seorang lagi suspek memiliki Mykad.“Seorang lagi suspek dipercayai pendatang asing tanpa izin berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.Khalid berkata, dengan tertumpasnya geng itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun dan pecah rumah sekitar Shah Alam, Ampang, Klang, Banting dan Subang Jaya termasuk Negeri Sembilan dan Johor.Kumpulan itu juga dipercayai terbabit kejadian samun satu keluarga di Kampung Cemperai di sini kelmarin dan melarikan barang kemas dan wang tunai RM16,000. Dalam tempoh lima hari lalu, polis Selangor menumpaskan dua kumpulan penjenayah berbahaya lain iaitu Geng Lekir dan Geng Anga.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20090209084945/Article

*p.s. sape srh tkt x rmpk kedai emas siang hr tp rgl kaum hawa plk d mlmnya? pdn muka! haha... kshn jgk.

Sunday, February 8, 2009

semu pekerja warga INDON LELAKI disaran balik ke kg halaman masing2 & digantikan dengan negara lain...

... gara2 mrk ini dah lah penakut (sbb x rmpk kedai emas) mlhn biadap (rgl bkn samun je) plk tuh, kan?

Gagal temui barang, perompak rogol gadis
MUAR: Berang kerana tidak berjaya mendapatkan barang berharga, sekumpulan penjenayah melepaskan geram dengan merogol dua tetamu rumah yang dipecah masuk di Felda Moakil, di sini, awal pagi semalam.Dua pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lima penjenayah itu dikatakan menghabiskan cuti hujung minggu di rumah rakan mereka yang dipecah masuk.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, lima perompak dipercayai warga asing bersenjatakan parang memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang yang dikatakan tidak berkunci.Penjenayah terbabit kemudian mengejutkan pasangan suami isteri dan seorang anak perempuan pasangan berkenaan yang tidur di ruang tamu sebelum mengikat mereka.
Sumber polis berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah rumah tetapi gagal menjumpai barang berharga, menyebabkan mereka marah dan mengugut mencederakan mangsa dengan parang.
“Selepas itu, perhatian dua daripada perompak itu beralih ke sebuah bilik berkunci yang didiami tiga rakan anak pemilik rumah berkenaan dan mereka memecahkan pintunya.“Mereka (penjenayah) kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa sebelum menyelongkar beg pakaian dan bilik tidur terbabit, tetapi turut gagal menemui barang berharga sehingga menyebabkan mereka berang lalu merogol dua gadis di bilik itu,” katanya.Difahamkan, susulan kejadian itu polis melancarkan gerakan memburu penjenayah berkenaan, termasuk menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan berdekatan.Sehingga petang semalam, operasi mengesan suspek berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan.Kedua-dua mangsa turut dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan kesihatan lanjut dan mereka dikatakan masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084325/Article/index_html

Wednesday, February 4, 2009

GARA2 MEMPERLEKEHKAN NKH SIAM? SENDIRI MAU INGATLAH, BEB! BDN JER BSR PNJG TP AKAI LTK KAT KEMALUAN...

... KAN DAH X PASAI2 KENA "NAIK" PNGKT.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=294085

Bicara khalwat bekas Pengarah JPJ Kedah 12 Mei

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Perbicaraan kes bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Zulkifli Othman yang didakwa berkhalwat di sebuah hotel hampir dua tahun lalu akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 12 Mei depan.
Kes itu sebelum ini didengar oleh hakim syarie Mukhyuddin Ibrahim. Beliau kini bagaimanapun telah dinaikkan pangkat sebagai Pendaftar Kehakiman di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Pada tarikh tersebut, kes Zulkifli dijadualkan akan didengar oleh seorang hakim syarie baru, Shukor Sabudin. Seorang kakitangan di bahagian pentadbiran di mahkamah tersebut memberitahu, hakim baru sedang menunggu pentauliahan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Zulkifli, 48, sedang dibicarakan atas tuduhan berada bersama Nurjuliati Juhar dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral dengan seorang wanita yang bukan isteri dan mahramnya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 3 pagi, 4 Ogos 2007, di bilik 401 Hotel Concorde Sultan Ismail di sini.
Zulkifli didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Nurjuliati, 47, bekas Penolong Setiausaha di Kementerian Pelajaran Putrajaya bagaimanapun telah mengaku bersalah dan didenda RM2,950 atau penjara dua bulan.

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090204084024/Article

Buang bayi di lantai fletOleh Mohd Amin Jalil dan Nor Azmelia Azahari am@hmetro.com.my
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan, kelmarin.Bayi berkulit sawo matang dan cukup sifat berkenaan ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.Difahamkan, sebelum itu seorang wanita mendukung bayi berkenaan di sebuah pusat beli-belah berhampiran, kira-kira jam 4.30 petang.Seorang penduduk, Paridah Wahab, 38, berkata ketika berada dalam rumah, dia terdengar bunyi kecoh di luar lalu mendapati ramai orang berkumpul di tingkat dua flet itu.

Dia kemudian melihat seorang bayi lelaki ditemui seorang jiran. Turut ditemui, beg yang diisi keperluannya.

“Bayi berkenaan yang dipercayai berusia sebulan tidak menangis ketika ditemui di lantai koridor tingkat dua tanpa beralas, manakala badannya berbalut tuala.“Saya sedih melihat keadaan bayi terbabit. Nasib baik dia ditemui penduduk, jika tidak entah apa nasibnya,” katanya, ketika ditemui Harian Metro.Melihat barang keperluan seperti susu, botol susu, lampin pakai buang, pakaian dan bedak ditinggalkan di tempat kejadian, Paridah menganggap orang yang membuang bayi itu masih sayangkannya.“Kejadian buang bayi ini kali pertama berlaku di kawasan flet ini dan kemungkinan dilakukan orang luar.“Kawasan di sini sunyi pada waktu siang kerana penduduk keluar bekerja. Apabila petang baru suasana sibuk dengan orang ramai,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, berkata pihaknya dimaklumkan penemuan bayi terbabit kira-kira jam 6 petang sebelum sepasukan anggota polis dihantar untuk melakukan siasatan.Menurutnya, orang ramai diharapkan memberikan maklumat untuk mengesan individu yang tidak bertanggungjawab dengan sanggup membuang bayi itu.“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan manakala bayi itu akan diletakkan di bawah jagaan Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya selepas melawat bayi terbabit semalam.Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin.

*P.S. TP YG SDH TUH, BENDA YG SAMA DOK BERULNG. MNGKN DEPA X BC BRITA KOT @ X TAU KHWN SMPDN TU SUNGGUH MULIA DRPD DTNGKP KHLWT.