KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memutuskan pernikahan pelakon, Rita Rudaini bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 diputuskan sah.Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputsan itu selepas meneliti dokimen yang disediakan dan memerintahkan pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm
Raisudin didenda RM1,000 kahwin tanpa kebenaran
HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon, Raisudin Hamzah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah bersubahat dengan isteri keduanya berkahwin tanpa kebenaran di Songkhla, Thailand pada Januari 2007.Raisuddin, 53, mengaku bersalah berkahwin atau melakukan upacara akad nikah dengan pasangannya Siti Fatimah Suberi, 21, di sebuah kampung di Thailand, pada jam 12.30 tengah hari, 2 Januari 2007.Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhamad dalam keputusannya mensabitkan Raisudin bersalah dan menjatuhkan hukuman denda itu, sekiranya tidak dibayar akan dipenjarakan dua bulan.Terdahulu, menjawab pertanyaan hakim, Raisudin berasal dari Parit, Perak dan berpendapatan RM5,000 sebulan, mengakui pengakuan bersalah itu dibuat secara sukarela serta faham akibatnya.
Raisudin didakwa mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada 5 Februari lalu, mahkamah sama menolak permohonan bapa kepada Siti Fatimah, Suberi Abullah, 48, yang mahu memfaraqkan (membubarkan) pernikahan anaknya itu, selepas mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu.
*p.s. 1) jadah apalah nak memFARAQkan pernkhan pd hal anak dara dah d"FARAJ"kan @ rasmi/jimak pun?!
2 comments:
Mungkin diaorg nak faraqkan perkahwinan tu sebab anak pompuan die x guna wali nasab sebaliknye guna wali hakim. Yelah dah kahwin senyap2 kat thailand. Dalam Islam kan wali nasab termasuk wali akrab. Kalau kena faraq pun, pernikahan boleh jadi fasid tapi boleh rujuk balik dengan akad baru.
RAMAI MASIH TAK FAHAM... TUNGGU SAJA EBOOK RAHSIA NIKAH SIAM (RNS) YANG BAKAL TIBA FEB INI!
Post a Comment