Oleh Noor Aznida Alias
bhkt@bharian.com.my
2010/04/22
KUALA TERENGGANU: Kecewa selepas mengetahui isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain ketika dia terbuang di Kuala Berang, seorang suami muda mengambil keputusan nekad menggantung diri di bilik sewanya, di sebuah premis
di Kuala Berang, kelmarin.
Ketika mayatnya ditemui teman serumahnya pada jam 8 malam, turut ditemui pada mangsa berumur 21 tahun itu ialah sekeping nota yang mengandungi luahan rasa kecewa dengan tindakan isterinya, yang juga sedang menjalani hukuman buang daerah di Kuala Lipis, Pahang. Dalam suratnya, lelaki terbabit juga meminta supaya dia dikebumikan mengikut upacara Kristian.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang berasal dari Cameron Highlands sedang menjalani hukuman buang daerah di Hulu Terengganu selama 18 bulan bermula September tahun lalu hingga April tahun depan.
Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati mangsa yang berbangsa Cina adalah orang buangan yang sedang menjalani hukuman buang daerah kerana terbabit dengan kegiatan mencuri kereta dan pecah rumah di Cameron Highlands.
“Kita dapati kali terakhir mangsa melapor diri ialah pada 19 April lalu dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu, semalam untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
































No comments:
Post a Comment