
Saman ibu bapa
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
2010/03/27
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Anak lari, ibu bapa disaman. Nada keras itu bagi ibu bapa yang melanggar perjanjian dan bersekongkol dengan anak yang melarikan diri dari pusat pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid).
Pengerusi Perkid, Masridzi Sat, berkata pihaknya tidak teragak-agak menyaman ibu bapa yang gagal memberikan kerjasama menyerahkan kembali anak mereka ke pusat pemulihan itu kerana melanggar surat perjanjian antara kedua-dua pihak.
Sehingga ini, katanya, dianggarkan tidak sampai 10 peratus pelatih di pusat pemulihan terbabit melarikan diri, namun di kalangan mereka yang ‘terlepas’ mengambil sikap memburuk-burukkan imej institusi itu. “Waktu mula hantar bukan main cerita, selepas itu percaya cerita anak, belasah Perkid. Sehingga ini, 10 keluarga diheret ke mahkamah dan ada kes masih dalam perbicaraan atas sebab menipu kami,” katanya. Ketika ini terdapat 85 pelatih di pusat pemulihan terbabit, membabitkan lelaki dan wanita, dengan sesetengahnya di kalangan remaja yang pernah terjebak dalam pelbagai salah laku teruk, seperti ketagih arak, syabu, zina, hamil luar nikah, curi dan melawan ibu bapa.
Di pusat pemulihan itu mereka diberikan bimbingan rohani supaya kembali ke pangkal jalan menjadi orang berguna, sekali gus mentaati agama dan ibu bapa.
Mereka juga didedahkan dengan aktiviti fizikal di kawasan lapangan di luar pusat pemulihan, namun segelintir mengambil kesempatan untuk meloloskan diri.
Masridzi berkata, pelatih yang melarikan diri jangan sesekali berasa berjaya kerana pihaknya mempunyai kuasa untuk ‘menangkap’ pelatih itu kerana perjanjian sudah dibuat di antara ibu bapa.
No comments:
Post a Comment