
Anak muda Saudi aktif kempen hidup sopan
2010/03/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JEDDAH: Sekumpulan pemuda Riyadh melancarkan kempen Layeg Aleek (Ia Sesuai Dengan Anda) bagi mendidik generasi muda berkelakuan sopan di tempat awam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohammed Saud, berkata kempen itu dinamakan demikian untuk menyampaikan mesej kepada golongan sasar bahawa berkelakuan sopan memang boleh diamalkan di antara satu sama lain.
“Kami cuba membaik pulih sikap negatif sesetengah pemuda dengan berbincang dengan mereka dan menyatakan sesetengah perbuatan dilakukan menyalahi agama,” katanya semalam.
Kempen itu mula dijalankan dua bulan lalu.
Katanya, kumpulan terbabit mahu memastikan golongan muda di Arab Saudi mengelak daripada berkelakuan tidak senonoh ke atas wanita atau mengganggu mereka.
Mohammed berkata, melalui kempen itu, mereka mahu meyakinkan generasi muda bahawa mengubah sikap negatif bukan saja memberi faedah kepada Arab Saudi, malah manfaatnya turut diterima diri sendiri.
“Biasanya golongan muda enggan mendengar nasihat disampaikan orang lebih dewasa atau ibu bapa berbanding rakan sebaya yang dianggap lebih memahami mereka,” katanya. - Agensi

Bantu henti gejala tidak berakhlak
2010/03/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta orang ramai turut membantu merealisasikan dasar kanak-kanak yang bertujuan untuk memberikan perlindungan dan menghentikan gejala tidak berakhlak iaitu pembuangan bayi.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menegaskan gejala itu hanya akan berhenti jika setiap masyarakat khususnya ibu bapa memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing. Kini, katanya, dasar itu dijuruskan kepada empat strategi, advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan supaya semua pihak turut sama berusaha menghentikan gejala kejam serta pembunuhan seperti ini.
Beliau berkata, menerusi advokasi kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) perlu memperbanyakkan program kesedaran kepada masyarakat umum manakala langkah pencegahan memberi penekanan untuk orang ramai meningkatkan sikap lebih bertanggungjawab. Katanya, aspek sokongan lebih tertumpu kepada inisiatif yang perlu dimainkan semua badan atau syarikat dalam menyokong dasar dan kerja menampal risalah dilengkapi maklumat berkesan di bangunan atau premis perniagaan. “Tolong hentikan pembunuhan bayi, ia kejam! Sesiapa yang biarkan perkara ini berlaku akan dikenakan tindakan tegas.
“Kita memang mengambil berat soal kanak-kanak dan Akta Kanak-Kanak serta Dasar Perlindungan Kanak-Kanak menjelaskan bahawa setiap kanak-kanak harus mendapat perlindungan daripada terabai, penderaan, keganasan dan eksploitasi di dalam masyarakat. “Tetapi, ia tidak akan bermakna jika tidak mendapat kerjasama masyarakat khususnya ibu bapa,” katanya pada sidang media selepas Karnival Utamakan Keluarga: Sehati, Sejiwa untuk Keluarga, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment