SPA tawar lepasan SPM latihan separa perubatan
2010/03/23
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semalam menawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mengikuti 13 jenis Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil bagi kemasukan Julai 2010.Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata latihan itu ditawarkan secara percuma dan mereka yang terpilih akan mendapat jaminan penempatan pekerjaan secara tetap.
“Program Latihan Bertaraf Diploma yang ditawarkan adalah Juru X-ray, Jururawat, Jurupulih Perubatan (Cara Kerja dan Anggota), Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian dan Jururawat Pergigian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, selepas tamat latihan, pelatih akan dilantik secara tetap dan diberi penempatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
“Oleh yang demikian, calon tidak perlu risau untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan latihan. Selain belajar secara percuma, pelatih juga akan diberikan biasiswa bulanan,” katanya.
Beliau berkata, tarikh akhir permohonan pada Khamis ini. Keterangan lanjut tawaran boleh layari portal SPA di www.spa.gov.my.
No comments:
Post a Comment