Tak minat jadi pembantu restoran
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
2010/03/23
Hanya 180 warga tempatan mengisi 25,000 jawatan kosong ditawar PresmaKUALA LUMPUR: Sikap segelintir masyarakat yang memandang rendah pekerjaan sebagai pembantu restoran tempatan selain gambaran yang diberikan terhadap pekerjaan itu yang dianggap hanya sesuai dilakukan pekerja asing menyebabkan hanya 180 permohonan diterima bagi mengisi 25,000 kekosongan pekerjaan yang ditawarkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).
Timbalan Presidennya, Kadhar Shah Abdul Razak, berkata daripada 180 permohonan yang diterima Presma di seluruh negara hanya 60 pemohon hadir sesi temu duga dan 40 daripada mereka menerima tawaran pekerjaan walaupun kempen mendapatkan pekerja tempatan bermula sejak dua bulan lalu.
Kadhar Shah Abdul Razak
Timbalan Presiden Presma
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Presma, Pemuda Umno dan Reach Org sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan pekerjaan kepada golongan merempat dalam bandar di sini semalam.
Pemuda Umno diwakili Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, Reach Org diwakili Pengarah yang juga sukarelawannya, Datin Sury Kassim, manakala Presma diwakili Kadhar Shah.
Sementara itu, Tengku Azman berkata, melalui usaha sama itu diharapkan lebih ramai golongan yang tidak mempunyai pekerjaan dan merempat khususnya di Lembah Klang dapat merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan.
Katanya, selain gaji menarik yang ditawarkan iaitu antara RM800 hingga RM2,500 mengikut kelulusan dan kelayakan, Presma turut menyediakan makan, minum serta penginapan kepada mereka yang berminat.
Presma buat temuduga terbuka
2010/03/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu golongan merempat dan fakir miskin mendapat pekerjaan, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan mengadakan temu duga terbuka khas untuk mereka di depan Masjid India, hari ini.
Tawaran itu termasuk dalam 25,000 ribu peluang pekerjaan yang pernah ditawarkan Presma pada orang ramai awal bulan lalu. Usaha Presma itu turut mendapat sokongan penuh Pergerakan Pemuda Umno (Pemuda Umno), Biro Pemuda Umno, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (Sheb) dan badan sukarelawan bukan kerajaan, Reach Org. Pengerusi Sheb merangkap Exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata kerjasama itu dilakukan bagi menyelesaikan masalah kedaifan dan pengangguran di kalangan golongan berkenaan. “Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan kerana tidak didedahkan dengan peluang pekerjaan yang sepatutnya,” katanya pada sidang media majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pemuda Umno, Presma dan Reach Org, di ibu pejabat Pemuda Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Wakil Presma, Kadhar Shah Abdul Razak, pula berkata golongan terbabit akan menikmati kemudahan seperti termaktub dalam undang-undang buruh antaranya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). “Kami akan memberi kediaman, makanan percuma setiap hari dan latihan tiga bulan sebagai pelayan, tukang masak atau juruwang selain gaji berpatutan.
“Kami menawarkan gaji minimum RM800 hingga maksimum RM2,000 mengikut syarat kelayakan yang dipercayai dapat membantu mereka meneruskan kehidupan,” katanya. Aktiviti itu kesinambungan program Food For Life usaha Sheb dan Reach Org yang memberi makanan percuma kepada golongan berkenaan pada Selasa selepas solat Maghrib di depan Masjid India.
No comments:
Post a Comment