
Keluarga budak mangsa dera dibantu
YURI (kiri) menyampaikan replika cek kepada Shahrizat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Norani Mohd Hashim (kanan) di Kelab Diraja Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya untuk membantu ibu Syafia Humairah Sahari, 3, kanak-kanak yang mati didera, Nurhanim Aziz, 25, untuk memastikan nasib keluarga itu terbela.
Beliau berkata, mereka yang bersalah akan tetap dibawa ke muka pengadilan tetapi bimbingan kaunseling wajar diberikan kepada ibu mangsa yang menjadi tonggak keluarga terbabit, kerana pihaknya tidak mahu kejadian itu menghantui kehidupan mereka terutama kepada anak lain yang masih kecil.
"Kementerian ini melihat kematian Syafia dari dua aspek iaitu kes jenayah dan kebajikan. Saya selaku menteri yang menjaga kebajikan, saya perlu melihat kebajikan bayi berusia 18 bulan yang mana bapanya berada di penjara, si ibu yang kematian anak selain abang sulung mangsa.
"Takkan kita nak sebat, nak sula ibu itu sedangkan kita tahu keluarganya sekarang sudah jadi tunggang-langgang. Jadi, kita perlu bagi sokongan dan bimbingan kaunseling termasuk menghantar pegawai kebajikan untuk melihat keadaan keluarga itu terutama bayinya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-10 Program Tanggungjawab Sosial Korporat 'Open Minds' dengan sumbangan RM1 juta P&G di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif P&G, Yuri Hermida.
Shahrizat berkata, kementeriannya tidak akan berkompromi dalam soal jenayah apatah lagi membabitkan anak kecil, sebaliknya turut menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menjalankan siasatan bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan secepat mungkin.
"Saya berharap polis menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang turut terbabit dalam penderaan ini.
"Kemungkinan pesalah itu terbabit dengan dadah memandangkan kebanyakan kes penderaan membabitkan penagih," katanya.
Shahrizat turut meluahkan kekesalan dengan sikap masyarakat yang tidak peka terhadap penganiayaan kanak-kanak, seperti kes Syafia yang ditendang dan dipukul di khalayak ramai tetapi sekadar melihat tanpa ada usaha untuk membantu.
"Masyarakat kita perlu ambil tahu mengenai perkara sebegini kerana ia bukan perkara kecil dan berlaku pula di tempat awam iaitu di padang bola. Kenapa tiada bantuan diberikan dan bagaimana ada orang yang tergamak melihat insiden ini berlaku.
"Rakyat Malaysia apabila berlaku kes seperti ini langsung tidak mahu ambil tahu. Saya kecewa dan sedih jika ini sikap sebenar rakyat Malaysia," katanya.
Beliau menyeru orang ramai di negara ini memanfaatkan talian Nur 15999 yang diwujudkan oleh kementerian kerana panggilan segera daripada mereka mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.
Dosa bersekedudukan dikongsi semua
2010/03/02 KUALA LUMPUR: Dosa pasangan bersekedudukan turut ditanggung ibu bapa mereka termasuk masyarakat jika membiarkan perbuatan terkutuk itu terus berlaku.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khir Jamil Baharom berkata, pasangan wanita lelaki yang tinggal bersekedudukan memang terbukti mereka bersalah kerana tinggal bersama tanpa akad nikah tetapi ‘saham’ itu dikongsi ibu bapa dan masyarakat jika tidak ambil peduli dan membiarkannya.
“Ibu bapa perlu ambil tahu bagaimana anak mereka bernikah, bila tarikhnya, siapa wali atau siapa izinkan. Mereka bersekedudukan memang bersalah tetapi paling penting masyarakat prihatin dan ambil perhatian perbuatan terkutuk itu dapat ditegah.
“Tidak hanya membabitkan mana-mana kes tetapi isu pasangan bersekedudukan amat merisaukan dan perkara itu perlu ditangani supaya tidak terus berleluasa,” katanya.
mengulas kes seorang ibunya yang tinggal bersekedudukan dengan kekasihnya sehingga menyebabkan anak perempuannya berusia tiga tahun mati dipercayai disepak dan ditendang oleh teman lelaki dalam kejadian di Ulu Yam, dekat Batang Kali, Khamis lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengeluaran Kad Nikah 1 Wilayah 1 Jam dan Pelancaran Logo Rasmi Jawi di sini semalam. Hadir Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
No comments:
Post a Comment