2010/04/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUCHING: Harapkan pagar, pagar makan padi. Lima anggota polis ditahan selepas dipercayai melakukan peras ugut ke atas dua warga asing di bandaraya Miri, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua warga Indonesia menunggu bas di sebuah hentian didatangi lima anggota berkenaan sambil mengarahkan mereka mengemukakan dokumen perjalanan untuk tujuan pengesahan.
Mangsa menunjukkan permit kerja, namun anggota terbabit tidak berpuas hati dan mengatakan permit itu bukan dokumen sah untuk masuk ke negara ini.
Tidak puas hati dengan tindakan mangsa, kelima-lima anggota polis berkenaan membawanya ke Balai Polis Pusat Miri dengan menaiki sebuah kereta dan memaksa mangsa membayar sejumlah wang sebagai jaminan mereka dibebaskan.
Kedua-dua mangsa tanpa berfikir panjang menyerahkan wang tunai RM200.
Namun, jumlah itu dianggap tidak mencukupi sehingga memaksa anggota terbabit merampas 19 kad prabayar daripada mangsa yang bernilai RM10 setiap satu.
Salah seorang daripada mangsa kemudian membuat laporan polis mendakwa mereka menjadi mangsa peras ugut di balai berkenaan.

No comments:
Post a Comment