Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
2010/04/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETALING JAYA: Lebih setahun menyepikan diri, juara musim kedua pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Norayu Damit atau lebih dikenali dengan Ayu, 21, akhirnya keluar dari ‘sarang persembunyian’ sekali gus menjelaskan segala spekulasi mengenai kehilangannya selama ini.
Ayu yang ditemui di pejabat 8TV di Sri Pentas di sini, petang semalam berkata, dia mengambil keputusan berehat seketika daripada nyanyian semata-mata untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga yang baru dibina.
“Ya, memang saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki,” katanya berterus terang.
Pengakuan itu disusuli permohonan maaf Ayu kerana sebelum ini dia akui terpaksa merahsiakan perkahwinan dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, seorang pekerja kedai perabot, tahun lalu.
“Kalau ikutkan hati, memang saya ingin berkongsi kegembiraan dengan semua orang mengenai perkembangan diri saya sekarang sebagai isteri dan ibu. “Namun, atas permintaan keluarga pihak lelaki yang tidak mahu perkara ini (perkahwinan) dihebahkan, saya terpaksa akur. Bagi mereka, cukuplah saya seorang saja yang ke depan dan rasanya wajarlah saya menghormati keputusan mereka.
“Dengan penjelasan ini, saya berharap peminat serta pihak media memahami situasi saya dan menghormati keputusan yang diambil,” katanya.
Ayu yang popular melalui lagu Hanya Di Mercu turut melahirkan kekesalannya kerana menyusahkan pihak pengurusan The8Unit dan syarikat rakaman Monkey Bone sejak kehilangannya.
Enggan menyatakan secara terperinci tarikh perkahwinannya, Ayu mengakui menikahi duda beranak dua itu tahun lalu dan majlis dilangsungkan di Kuala Kangsar, Perak, secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak. Hasil perkahwinan itu, mereka baru dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Nashrul Haikal.
Pada sidang media itu, Ayu turut ditanya sejauh manakah kebenaran gosip perkahwinannya terpaksa dirahsiakan demi menjaga maruah keluarga apabila dia sudah berbadan dua sebelum bernikah.
Dengan tegas dan jujur, Ayu menjawab: “Gosip itu tidak benar.” Apa yang pasti, kemunculan Ayu bukan saja untuk menjelaskan kehilangannya tetapi juga menandakan kesediaannya untuk aktif semula dalam nyanyian.

No comments:
Post a Comment