2010/04/23
LONDON: Seorang ibu dari Bristol mendedahkan bagaimana beliau menggunakan susu badannya sendiri dalam resipi membuat kek, smoothies dan lasagne.
Abi Blake, 30, dari Clifton, menggunakan pam untuk mengeluarkan susu dari badannya dan mengumpul baki susunya selepas anak perempuannya Tily berusia lapan bulan sudah kenyang, lapor akhbar The Sun.
Beliau berkata: “Walaupun idea memakan sesuatu yang dibuat daripada susu ibu menjadikan perut seseorang menggelodak, ia penuh dengan vitamin yang tidak didapati dalam susu lembu. – Agensi

No comments:
Post a Comment