
Semua ada di Harrods
2010/05/11
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Pusat beli-belah Harrods terkenal di seluruh dunia dan pengurusan mendakwa sedia menjual apa jua barang walaupun dianggap pelik.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan pernah menghubungi Harrods untuk mengetahui sama ada mereka menjual gajah. “Gajah Afrika atau India, tuan,” soal telefonis yang menjawab panggilannya.
Luvvie Noel Coward membeli seekor buaya manakala penulis, A A Milne menemui patung beruang untuk anaknya, Christopher Robin yang menjadi inspirasi menghasilkan buku Winnie The Pooh di Harrods.
Pada 1969, Harrods menjual seekor anak singa yang menetap bersama tuannya di flet London hingga ia terlalu besar dan terpaksa dilepaskan ke hutan Afrika.
Sejarah menarik itu meyakinkan keluarga diraja Qatar untuk bersetuju membeli bangunan beli-belah tujuh tingkat itu yang terletak di Knightsbridge, London dengan harga £1.5 bilion (RM7.2 bilion) daripada hartawan Mesir, Mohamed Fayed minggu lalu.
Perkara pertama bakal dilakukan pasti mengubah suai pusat beli-belah itu.
Mohamed Fayed, 77, membelanjakan £30 juta (RM144 juta) untuk memasang tangga ala Mesir lengkap dengan patung menyerupai wajahnya.
Moto Harrods, Everything For Everybody Everywhere (Apa sahaja untuk Setiap orang, di mana sahaja) tepat dengan imejnya terutama jika anda memiliki wang.
Antara barangan mewah dijual di Harrods termasuk sut jogging anjing bertatah kristal £300 (RM1,441) dan katil anjing mewah berharga £6,000 (RM28,809).
Sesiapa sahaja boleh membeli jongkong emas di pusat beli-belah ini dan Mohamed Fayed pernah meletakkan ular tedung hidup untuk mengawal sepasang sandal bertatahkan pertama bernilai £62,000 (RM 297,668).
Mohamed Fayed membeli pusat beli-belah diasas sebagai sebuah kedai runcit pada 1834 itu pada 1985.
Pada hari ini, Harrods menggaji 5,000 kakitangan dan dikunjungi 15 juta pelanggan setahun. Tahun lalu, ia dilapor memperoleh keuntungan £56 juta (RM268.8 juta). - Agensi
































No comments:
Post a Comment