2010/05/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota bukan saja dipaksa mengikut dua lelaki tidak dikenali ke pejabat mereka di Kuchai Lama di sini, tetapi juga diarahkan membayar sejumlah wang selepas membuka satu kupon yang ditawarkan kepadanya.
Malah, pelajar malang itu juga mendakwa didesak lebih sejam supaya membuat pembayaran berkenaan sebelum dibenarkan pulang.
Menurut sumber, mangsa didatangi dua lelaki tidak dikenali berusia lewat 20-an sebelum menawarkannya satu kupon bertuah kira-kira jam 6.30 petang, Jumaat lalu apabila mangsa berada di Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.
Mangsa yang terpedaya dengan pujukan suspek kemudian membuka kupon berkenaan sebelum mereka mendakwa dia memenangi sebuah tilam berharga RM7,000.
“Mangsa meminta hadiah berkenaan sebelum seorang daripada suspek mendakwa dia perlu mengikuti mereka ke pejabat di Kuchai Lama.
“Walaupun enggan, dia dipaksa mengikut mereka,” katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian ditunjukkan hadiah yang dimenanginya sebelum dia diarahkan membayar sebahagian daripada harga tilam yang dimenanginya.
“Mangsa yang enggan berbuat demikian kemudian memarahi mereka sebelum seorang daripada suspek terus mendesaknya.
“Mangsa didesak lebih sejam sebelum seorang daripada suspek mengarahkannya membayar RM2,000,” katanya.

No comments:
Post a Comment