2010/05/20
SHAH ALAM: Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, berkata hukum Allah hendaklah dipermudahkan dan tidak disusahkan sehingga menyebabkan penerima hukuman berasa teraniaya berikutan keputusan yang diambil.
Katanya, sesuatu hukuman wajar dikenakan ke atas mereka yang gagal mematuhi hukum syarak ditetapkan tetapi apabila ia berkaitan hukum yang diharuskan, seseorang lelaki harus berkahwin lebih daripada seorang perempuan jika berkemampuan.
“Apabila sesuatu permasalahan berkait dengan hukum syarak, ia terbahagi kepada lima iaitu sunat dengan syarat, wajib, harus, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan yang berbeza.
“Yang penting, hukum dari segi agama, lelaki boleh berkahwin lebih seorang dengan syarat tertentu sama ada untuk mendapatkan zuriat atau apa juga sebab yang membolehkan seseorang itu berkahwin lagi satu,” katanya ketika mengulas kes poligami Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin di sini, semalam.

No comments:
Post a Comment