2010/05/15
IPOH: Pas tidak lagi menjadi parti eksklusif untuk orang Islam apabila Kelab Penyokong Pas dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), sayap baru parti itu.
DHPP akan dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini. Bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab Penyokong Pas Perak di sini, semalam, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata pelancaran itu akan menjadi peralihan besar kepada Pas kerana membenarkan DHPP yang dianggotai bukan Islam bergerak bebas sebagai sayap parti seperti mana Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat. Katanya, DHPP juga akan mempunyai struktur seperti sayap parti lain iaitu seorang ketua, timbalan, lima naib ketua, pengarah pilihan raya dan jawatankuasa.
Mereka boleh hadir semua mesyuarat parti pada semua peringkat serta boleh mengemukakan nama calon bukan Islam bertanding pilihan raya atas lambang Pas.
“Tindakan ini memang berisiko tinggi, tetapi kami tidak mempunyai pilihan jika mahu bergerak ke depan dan bagi menggambarkan Pas sebagai parti berbilang kaum pada masa akan datang... kami tidak boleh menoleh ke belakang lagi," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab Penyokong Pas Perak di sini, petang semalam.
































No comments:
Post a Comment