2010/05/15
Meterai MoU dengan 1MDB kaji daya maju, aspek komersial
LEMBAGA Pelaburan Qatar (QIA) bercadang melabur sebanyak AS$5 bilion (kira-kira RM16 bilion) di negara ini. Bagi tujuan berkenaan, agensi pelaburan Kerajaan Qatar itu semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), iaitu sebuah syarikat pembangunan strategik yang dimiliki kerajaan. MoU itu menyediakan rangka kerja untuk memudahkan kerjasama pelaburan antara kedua-duanya untuk meninjau, menilai serta melaksanakan peluang pelaburan di Malaysia.
“Ia termasuklah pelaburan dalam sektor tenaga dan pembangunan hartanah yang strategik di Lembah Klang,” kata QIA dan 1MDB dalam kenyataan bersama semalam.
Majlis memeterai MoU itu diadakan di pejabat Perdana Menteri dengan disaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr al-Thani.
Mengikut kenyataan itu, QIA dan 1MDB akan membentuk sebuah Jawatankuasa Bersama untuk menilai aspek daya maju dan aspek komersial pelbagai peluang pelaburan lain yang akan dipertimbangkan.
Ditubuhkan pada 2005, QIA dipertanggungjawabkan untuk mengukuhkan ekonomi Qatar dengan melabur dalam bidang strategik baru.
1MDB pula ialah syarikat pembangunan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
Ia memacu inisiatif strategik kerajaan untuk pembangunan mapan negara dalam jangka panjang dengan menjalinkan kerjasama dan meningkatkan aliran masuk pelaburan asing langsung (FDI).
Sementara itu, selain MoU antara QIA dan 1MDB itu, Najib dan Sheikh Hamad turut menyaksikan pemeteraian perjanjian usaha sama antara KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) dan QD Asia Pacific Ltd.
Mengikut perjanjian berkenaan, kedua-dua syarikat itu akan bersama-sama memajukan dua projek pembangunan komersial bercampur baru di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
KLCCH dan QD Asia Pacific masing-masing akan menguasai 50 peratus ekuiti dalam projek berkenaan.
Kedua-dua syarikat itu dalam kenyataan bersama semalam berkata, projek itu yang membabitkan pembangunan Lot 185 dan Lot 167/K di KLCC sebagai hab komersial bercampur yang mengandungi pejabat, hotel dan ruang pejabat dijangka siap pada 2015.
Ia akan mempunyai kawasan boleh disewakan seluas dua juta kaki persegi.
KLCCH ialah anak syarikat milik penuh Petronas, manakala QD Asia Pacific pula ialah anak syarikat milik penuh Qatari Diar Real Estate Investment Company, cabang pelaburan QIA.

semoga kita mampu mengislamkan mereka jugak
































No comments:
Post a Comment