Oleh Hadzlihady Hassan
2010/06/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 15 tahun berkongsi kisah sama melahirkan anak hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, namun tetap mahu berkongsi hidup dengan kekasih masing-masing.
Malah, kedua-dua remaja itu merayu polis agar tidak mengambil tindakan terhadap teman lelaki masing-masing.
Mereka kini ditempatkan di Hospital Ampang, manakala dua lelaki yang bergelar bapa kepada bayi dilahirkan itu diberkas selepas doktor membuat laporan polis kerana kedua-dua ibu muda terbabit gagal membuktikan mereka sudah berkahwin.
Berkongsi kisah itu, remaja pertama yang ditemui berkata, dia mengenali teman lelakinya berusia lingkungan 30-an sejak Ogos tahun lalu.
Menurutnya, selepas dua bulan mengenali teman lelakinya, mereka mula mengadakan hubungan seks sebelum dia disahkan mengandung.
“Selepas mendapati saya mengandung, saya berhenti sekolah. Keluarga juga sudah tahu tapi mereka bersetuju untuk mengahwinkan kami.
“Saya sayangkan teman lelaki dan dia sanggup bertanggungjawab...saya tak tahu doktor akan membuat laporan polis,” katanya.
Berikutan itu, dia berharap polis tidak menahan teman lelakinya dan memberi peluang mereka berkahwin secara sah.
Remaja terbabit melahirkan seorang bayi lelaki jam 3 pagi Sabtu lalu sebelum doktor membuat laporan polis kerana dia masih di bawah umur dan tidak mempunyai sebarang bukti perkahwinan.
Sementara itu, seorang lagi remaja turut ditemui di hospital sama memberitahu dia terpaksa memakai baju kurung besar setiap kali keluar rumah untuk mengelak rakan menyedari dia sedang mengandung.
“Saya dan teman lelaki belajar di sekolah sama dan dia kini sudah bekerja sebagai pelayan. Kami saling mengenali sejak tahun lalu dan kali pertama mengadakan hubungan seks, Mei tahun lalu.

No comments:
Post a Comment