Oleh Suhana Roslan
suhanarolan@bharian.com.my
2010/06/10
Azlinah terjerlus ketika sapu sampah
SUNGAI BULOH: Seorang guru penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam palong najis yang tidak digunakan sedalam 1.6 meter, di belakang rumahnya di Lot 234 Sungai Pelong di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Azlinah Abd Karim, 46, dikatakan sedang menyapu sampah di belakang rumahnya dan duduk berehat di tepi palong berkenaan sebelum terlentang jatuh ke dalam palong yang dipercayai sudah 10 tahun tidak digunakan.
Adiknya, Azmun, 45, yang ketika itu sedang memasak, berkata beliau terdengar seperti orang terjatuh disusuli suara kakak meminta tolong.
“Apabila keluar, saya melihat kakinya terjulur keluar, manakala muka dan ba dannya tersembam ke dalam. Dia meminta saya mengangkatnya keluar tetapi tidak berdaya sebelum memanggil jiran, tetapi tidak berjaya. Saya terpaksa menghubungi ambulans dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Azmun berkata, kakaknya yang belum berkahwin berjaya dikeluarkan dengan bantuan JBPM, tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor yang turut sama ke lokasi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abdul Razak Eliyas, berkata mangsa disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.
































0 comments:
Post a Comment