KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal disambut 20 Jun ini, Resorts World Genting menawarkan 300 tiket percuma kepada pembaca akhbar terbitan The New Straits Times Press (NSTP) bagi menyaksikan pertunjukan silap mata berprestij ‘Dazzle Show’.
Pengurus Bahagian Promosi dan Hiburan, Genting Malaysia Berhad’s, Jonathan Chua berkata, untuk mendapatkan tiket itu, pembaca hanya perlu menjawab satu soalan mudah iaitu memberikan nama penganjur ‘Dazzle show’ dan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat melalui e-mel ke contest@genting.com.my.
Jonathan berkata penyertaan peraduan itu hanya menerusi e-mel sebelum tarikh tutup peraduan pada Ahad ini.
Menurutnya, 100 tiket disediakan khas kepada pembaca Harian Metro yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan 200 tiket lagi disediakan kepada pembaca Berita Harian dan New Straits Times.
Beliau berkata, pengunjung pertunjukan silap mata itu pengunjung bakal merasai pengalaman luar biasa hasil persembahan ahli silap mata yang diterbangkan khas daripada Cuba, Venezuela, Brazil, Ukraine, dan Francis bersama 14 penari bertauliah. “Pertunjukan silap mata hebat ini menggabungkan empat segmen silap mata menarik oleh oleh empat ahli silap mata terkemuka dunia dan pertunjukan akan diadakan di Genting International Showroom (GISR), Hotel Maxims Genting pada jam 9 malam.
“Orang awam juga boleh menempah tiket pertunjukan sehingga 30 September ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Balai Berita NSTP di sini, semalam.
Maklumat lanjut yang berkaitan acara ini boleh diperoleh melalui laman web www.rwgenting.com atau hubungi ke talian +(603) 2718 1118. Tiket dijual pada harga daripada RM60 hingga RM90 bagi dewasa dan RM30 hingga RM50 bagi kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment