Status nikah Bung Mokhtar esok
2010/06/09
Status nikah Bung Mokhtar esokKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menetapkan esok untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu.
Notis permohonan itu difailkan Bung Moktar dan Zizie selaku pemohon, melalui Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co pada 4 Jun lalu.
Ketika ditemui selepas prosiding, peguam syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili pasangan itu, berkata mahkamah sudah mendengar keterangan daripada pemohon, wali dan saksi dalam pernikahan itu dalam kamar serta menetapkan esok untuk keputusan permohonan berkenaan.
Disoal mengapa permohonan dibuat di sini sedangkan pernikahan berlangsung di Taman Melati, Selangor, Zulkifli berkata: “Ketika ia difailkan Zizie sudah berpindah ke Kuala Lumpur, permohonan dibuat mengikut alamat pemastautin (di mana Zizie menetap)”.
Terdahulu sebelum prosiding bermula, Bung Moktar dan Zizie kelihatan terkejut dengan kehadiran pihak media, malah ahli keluarga Zizie juga enggan menyatakan tujuan mereka datang ke mahkamah semalam.
Disoal wartawan, Bung Moktar dengan nada bergurau menyatakan kehadirannya hanya untuk berjumpa rakan di mahkamah.
No comments:
Post a Comment