Oleh AINAL MARHATON ABD GHANI
am@hmetro.com.my
2010/02/28 KUANTAN: Seorang jurunikah bertauliah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akan dilucutkan tauliah jika didapati terbabit dalam sindiket nikah palsu di daerah ini selepas siasatan terperinci dijalankan terhadapnya.
Sehubungan itu Jaip memberi tempoh 14 hari kepadanya untuk memberi surat tunjuk sebab mengapa dia terbabit dalam kegiatan melanggar hukum syarak itu berdasarkan bidang tugas keagamaan yang dijalankan sepanjang tempoh bertugas sebagai kakitangan jabatan agama itu.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz, berkata ketika ini pihaknya mengumpul maklumat mengenai latar belakang jurunikah itu yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak lima tahun lalu.
Beliau berkata, pihaknya perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil keputusan melucutkan tauliah terhadap jurunikah yang dipercayai menikahkan lebih 50 pasangan, termasuk warga asing dan bakal pengantin yang tidak mendapat izin wali atau untuk berpoligami.
“Saya perlu mendapat maklumat lengkap mengenai perkara ini kerana jika pernikahan ini didapati tidak sah, kita kena faraqkan pasangan terbabit dan keadaan akan menjadi lebih rumit jika mereka mempunyai anak.
“Untuk menyatakan sama ada pernikahan ini sah atau tidak, kita kena menghantar laporan kepada mufti dan Mahkamah Syariah.
“Banyak perkara perlu diberi perhatian kerana dia adalah jurunikah bertauliah dan diberi elaun untuk tugasnya,” katanya, semalam.
Mohd Sahfri mengulas isu sindiket nikah palsu yang dipercayai dijalankan seorang jurunikah bertauliah Jaip di rumahnya di Kampung Kempadang, dekat sini, sejak lima tahun lalu.
Sebelum ditahan anggota Jaip kira-kira jam 1.40 petang Khamis lalu, jurunikah itu dipercayai menikahkan lebih 50 pasangan, terutama warga asing., berdasarkan beberapa sijil pasangan yang dinikahkan sejak 2005.
Dalam serbuan itu, Jaip merampas sejumlah dokumen, termasuk sijil nikah dari Thailand yang masih kosong tetapi mempunyai cop mohor Majlis Agama Islam Wilayah Pattani dan Narathiwat.


"Suspek sebenarnya mempunyai tauliah sebagai seorang jurunikah bagaimanapun cara yang digunapakai lelaki berkenaan menyalahi undang-undang yang ditetapkan selain dipercayai salah dari hukum syarak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
AMBIK KO, ANTI LAGI NIKAH SIAM!?
No comments:
Post a Comment