
“Pengajaran besar ini mengajar saya lebih berhati-hati memilih teman lelaki kerana ia boleh mengundang padah cukup mendalam,” katanya kepada Berita Minggu di rumahnya di sini, semalam.
--------------------------------------------------------------------------
Shahrizat mahu temui ibu mangsa dera
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengadakan pertemuan dengan ibu kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai di dera teman lelaki ibunya, hari ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung kejadian itu.
Shahrizat berkata, pertemuan dengan ibu tunggal berusia 20-an itu penting bagi mengetahui latar belakang wanita berkenaan kerana beliau difahamkan masyarakat sekeliling memberikan tekanan dan menggambarkan kejadian itu berpunca daripada kelalaian wanita berkenaan.
Katanya, maklumat awal yang diterima wanita itu mengalami masalah kekeluargaan yang terlalu mencabar sehingga berlakunya kejadian yang menyayat hati dan mengejutkan semua peringkat masyarakat.
“Isu ini memang berat dan terlalu berleluasa kebelakangan ini. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan dan saya akan bertemu dengan wanita malang berkenaan bagi mendapatkan fakta yang lebih sebelum mengulas lanjut. Tetapi pada peringkat awal apa yang ingin saya katakan masalah ini berpunca daripada keruntuhan sistem kekeluargaan dan sistem sokongan terutama daripada masyarakat yang semakin bersikap mementingkan diri sendiri hingga mendiamkan diri walaupun mempunyai maklumat berhubung sesebuah keluarga yang mengalami masalah,” katanya ketika hadir di Program Juara Rakyat Bulan Kebajikan Umno Bahagian Seputih di Taman Danau Desa, di sini, semalam.
Beliau mengulas kes kematian Syafia Humairah Sahari yang mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.
Syafia Humairah dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB).
---------------------------------------------------------------------------------
Masyarakat perlu peka terhadap jiran: Shahrizat
KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat yang tidak ambil tahu dan tidak mahu campur urusan jiran tetangga menyebabkan berlakunya kejadian jenayah di sekitar kawasan kejiranan seperti kes penderaan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Syafia Humairah Sahari, kelmarin.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata masyarakat perlu peka dan mengambil tahu keadaan di sekeliling kejiranan bagi membendung kes seperti itu.
Beliau berkata, kes sebegitu seperti amaran awal tsunami dalam pembangunan sosial di negara ini dan masyarakat tidak boleh mengambilnya sambil lewa.
"Institusi kekeluargaan perlu stabil dan jika kita sebagai masyarakat tidak ambil tahu kes sebegini akan ada tsunami sosial di negara ini...ini adalah tanggungjawab bersama dalam membendung kes sedemikian berulang," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Allahyarham Syafia Humairah di Sungai Buloh dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, banyak kempen telah dilakukan pihaknya bagi menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab dan peranan sebagai jiran namun tindakan lain yang lebih holistik dan bersepadu perlu diambil semua pihak.
Shahrizat berkata, masyarakat memainkan peranan penting dalam mengekang jenayah keganasan dengan membuat laporan kepada pihak tertentu.
"Kalau kita tahu dalam anggota masyarakat ada yang bersifat ganas seperti ini, kita perlu ambil tahu dan jika perlu, laporlah kepada polis.
"Banyak tempat telah kerajaan wujudkan untuk masyarakat membuat laporan atau aduan kes sedemikan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing atau hubungi talian Nur di 15999," katanya.
Shahrizat berkata, ibu kanak-kanak malang itu Nurhanim Aziz, 25, dan dua anak lelakinya Shafiq Haikal, tujuh, dan Shakimi Iqbal yang berusia setahun enam bulan akan ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat.
Sementara itu, Nurhanim berkata sikap masyarakat yang sering menuding jari menyalahkan dirinya tanpa mengambil tahu masalah sebenar yang dihadapinya menyebabkan dia berasa sedih dan tertekan.
"Jangan salahkan saya kerana perbuatan suami dan jangan hukum saya kerana perbuatan teman lelaki (suspek) kerana saya tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian rupa...di depan saya dia baik dan menganggap Syafia Humairah seperti anak kandungnya sendiri," katanya sebak.
Beliau berkata, masyarakat sekeliling sering memandang serong terhadapnya dengan tanggapan negatif di atas kesalahan yang dilakukan oleh suaminya Sahari Usol, 33, yang kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh sejak 2006. (melakukan kesalahan jenayah yang tidak boleh diikat jamin)
Jiran suspek yang dikenali sebagai Cik Ani, 62, berkata ketika kejadian beliau sekeluarga berada di halaman rumah yang bertentangan dengan padang bola di mana tempat kejadian itu berlaku namun beliau dan keluarga tidak menyedarinya.
"Ketika itu cucu mak cik sedang bermain bola dengan kawan-kawannya di padang dan dia pulang ke rumah bagi tahu mangsa kena dera.
"Kalau kami nampak dari awal kejadian itu memang kami sudah bertindak...bukan kami hendak tutup mata," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Batu 30 Ulu Yam Lama dekat sini.
Penderaan itu dikatakan dilakukan di belakang sebuah surau yang terletak berhampiran padang permainan kanak-kanak kira-kira 30 meter daripada deretan rumah yang bertentangan dengan padang bola itu dan ia boleh dilihat dengan jelas.
Tinjauan Bernama ke rumah suspek yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, mendapati terdapat tulisan perkataan "pembunuh" di dinding rumah suspek yang menggunakan cat semburan dan ketika itu tiada penghuni di rumah berkenaan. - Bernama
----------------------------------------------------------------------
Nurhanim Aziz, 25, said she regretted being with the 28-year-old man for six years, despite the fact that he was a violent alcoholic.
"I miss Syafia. I do not think that I can go on living without her."
The man was picked up about 3am on Friday when he eventually turned up at the police headquarters to lodge a report.
----------------------------------------------------------------------
Diagnosis suspek
Perangai binatang
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
2010/02/28 KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.
SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang. “Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.
“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.
“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.
Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.
“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.
Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.
“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.
Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.
Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.
>Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.
“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.
“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.
Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.
“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.
Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.
“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.
SUSPEK BINATANG SEBAB BUNUH ANAK HANG TAPI KO PULAK IBLIS KERNA DOK BERZINA, DEAL?
-------------------------------------------------------------------------------------------
2010/02/28 KUALA LUMPUR: Suspek kes kematian kanak-kanak berusia tiga tahun, Syafia Humairah Sahari, diandaikan perlu didiagnosis untuk mengetahui sama ada dia mempunyai penyakit tertentu hingga tergamak melakukan perkara terbabit.
“Kita tidak boleh terus menuding jari mengatakan lelaki terbabit mempunyai kecelaruan fikiran atau psikotik kerana ia memerlukan ujian klinikal secara lengkap.
“Selepas dilakukan diagnosis itu, baru boleh kita kategorikan lelaki terbabit berada di tahap mana yang sesuai,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Sapora, jenayah dilakukan tetap satu jenayah, cuma itu semua andaian berdasarkan laporan media dan boleh dijalankan jika mahu mengetahui sama ada lelaki terbabit berpenyakit atau sebaliknya.
Dalam masa sama, Sapora tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku kerana faktor lain seperti tekanan emosi, sikap panas baran dan sebagainya.
“Kita perlu lihat dari banyak sudut berdasarkan pola perlakuan lelaki terbabit dan tidak boleh menjurus hanya kepada satu sebab yang menjadi punca dia bertindak sedemikian.
“Selain itu, kita perlu lihat sama ada lelaki terbabit pernah melakukan penderaan terhadap mangsa atau sebaliknya,” katanya.
Mengenai ibu mangsa, Sapora pasti wanita itu kini trauma dengan kejadian.
Oleh itu, katanya, keluarga terdekat atau mereka yang rapat dengannya harus sentiasa memberi sokongan supaya kesan trauma itu dapat ditangani dengan baik.

Rebut jenazah
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
2010/02/28 KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu.
BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu. Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.
Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.
Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.
Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi.
Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.
“Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya.
“Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya.
Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu.









KUALA KUBU BHARU: “Dia menggelar saya monyet manakala neneknya, Azizah Budin, 46, sebagai buaya.
“Itulah gurauan terakhir dan antara kenangan yang tak mungkin kami lupakan,” kata Aziz Sahar, 50, (gambar) menceritakan kerenah cucunya, Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelaki anaknya, Siti Nurhanim, 25, kelmarin.
Difahamkan, kali terakhir Aziz dan Azizah bertemu dengan cucu kesayangan mereka itu pada Rabu lalu.
Menurut Aziz, cucu keduanya itu seorang kanak-kanak yang sensitif dan berperwatakan melucukan. Namun, dia pengubat buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) semalam.
Aziz berkata, mereka sekeluarga hanya mengetahui mengenai kejadian ini jam 12 tengah malam semalam selepas dihubungi Nurhanim.
“Berderau darah saya sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu manakala isteri, Azizah pengsan sejurus kemudian.
“Kami sekeluarga bergegas ke hospital untuk melihat keadaan Syafia,” katanya.
Menurut Aziz, dia mendakwa tidak sanggup untuk melihat kesan lebam di seluruh muka cucunya itu termasuk kesan berbirat di seluruh tubuhnya.
“Mana tidaknya, boleh dikatakan seluruh muka Syafia lebam manakala tubuhnya pula dilihat mempunyai kesan berbirat.
“Saya percaya lelaki itu memukul Syafia menggunakan benda tumpul seperti tali pinggang atau ranting kayu....jika tidak mustahil kesan seperti itu akan berada di tubuhnya,” katanya.
MEMANG HANG BERUK PUN SEBAB BIARQ P MEREKA BERZINA, TAK? PATUT CEK DNA ARWAH KERANA BIMBANG KALAU2 IANYA KEPUNYAAN PEMBUNUH TERSEBUT PULAK GARA2 ADA HUBUNGAN SELAMA 6 TAHUN!





Didera sampai mati
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.
"Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.
IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.
"Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.
"Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam.
Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.
"Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.
"Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya.
Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.
Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.
Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.
No comments:
Post a Comment