



Tidak maaf dunia akhirat
2010/02/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: “Saya takkan maafkan orang yang bunuh anak saya itu, dunia akhirat. Apa motif dia dibunuh. Lainlah kalau dia merompak, mencuri atau mengacau orang.”
Itu luahan Saemin Mongjin, 69, bapa kepada Mohd Shah, 43, pemandu Konsulat Malaysia di Australia apabila anaknya meninggal dunia dipercayai akibat ditikam dan dihentak menggunakan tukul di Sydney, Australia pada awal pagi Ahad lalu.
BUKAN KE DIA MAIN BINI ORANG, CIK?
Saemin berkata, dia tidak akan memaafkan mana-mana individu yang tergamak membunuh anaknya kerana arwah seorang anak yang baik dan tidak suka mengganggu kehidupan orang lain.
“Tahu-tahu saja dia dibunuh. Apa salah dia? Takkan kalau arwah lakukan kesalahan kecil pun sampai sanggup melakukannya sebegitu rupa. Sepatutnya kalau ada hal, ia boleh diselesaikan, ini tidak...sampai sanggup membunuh.
“Saya terkejut dan sedih dengan kejadian bunuh yang menimpa anak itu, tetapi tetap reda menerima kehilangannya. “Apa nak buat, kalau itu takdirnya kami (keluarga) terima saja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Haji Ibrahim, Tambak Paya, dekat sini, semalam selepas dikunjungi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin yang turut menerima sumbangan RM5,000 daripada kerajaan negeri.
Dalam laporan kelmarin, seorang lelaki warga Sydney berusia 55 tahun menghadapi pertuduhan memukul hingga mati mangsa di Leichardt, pinggir bandar Sydney.
Lelaki terbabit ditahan detektif dari Skuad Homisid dan polis Leichhardt di sebuah rumah di Brighton Street, Croydon malam kelmarin.
Dia dituduh membunuh Mohd Shah, 43, dan tidak dibenarkan ikat jamin sebelum kes disebut di Mahkamah Tempatan Burwood, semalam.
Bercerita lanjut, Saemin berkata, dia berharap pembunuh anaknya itu mendapat hukuman setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap Allahyarham Mohd Shah.
“Kalau di negara ini, orang yang melakukan kesalahan membunuh akan dihukum gantung (mati). Tak tahulah kalau di sana (Australia),” katanya.
NEGARA ORANG PUTIH PAYAH BUNUH BALAS BUNUH!
Sementara itu, Mohd Ali berkata, kerajaan negeri akan membantu untuk membiayai kos membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di sini.
Di Sepang, suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah Mohd Syah apabila ibunya, Misnah Kasri, 60 hampir pengsan kerana tidak dapat menahan sedih.
Jenazah yang tiba jam 8.50 malam menerusi penerbangan MH 122 di Kompleks Kargo KLIA dijangka dikebumikan sebelum solat Jumaat di Kampung Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka.
Turut menanti ketibaan jenazah wakil Kerajaan Negeri Melaka, ahli keluarga terdekat serta bekas rakan sekerjanya.
No comments:
Post a Comment