Ahli perniagaan fail saman malu RM3 juta terhadap adik, pengelola sekolah
ALOR SETAR: Seorang ahli perniagaan memfailkan saman malu RM3 juta terhadap adik kandungnya serta seorang pengelola sekolah rendah agama kerana mendakwa berkonspirasi memfitnahnya menerusi surat jawapan terhadap notis tuntutan wang zakat arwah bapanya berjumlah RM600,000.
Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerusi Tetuan Khairil & Co.
Plaintif Mohd Roslan Mohd Noor, 50, menamakan Pengelola Sekolah Rendah Agama Islah, Pendang, Ghazali Abdullah sebagai defendan pertama, manakala adiknya, Md Zaini Mohd Noor defendan kedua.
Saman itu difailkan selepas plaintif mendakwa berasa terhina dengan surat jawapan ditulis Ghazali bagi menjawab notis tuntutannya kepada sekolah agama itu bagi menuntut supaya derma dalam bentuk qadha zakat arwah bapanya berjumlah RM600,000 yang diserah Md Zaini, dipulangkan kembali kepada waris arwah bapanya.
Mohd Roslan mendakwa sumbangan zakat pada April 2008 itu tidak sah kerana ia wang harta pusaka milik bapanya dan memerlukan persetujuan semua waris Allahyarham, termasuk empat balu dan 29 anak.
Difahamkan, arwah bapanya, Mohd Noor Yakub yang juga ahli perniagaan hartanah meninggal dunia pada Mac 2008 mempunyai 33 waris termasuk empat isteri dan 29 anak.
Plaintif adalah anak kelima daripada perkahwinan pertama Mohd Noor manakala Md Zaini anak daripada perkahwinan kedua arwah.
Dalam pernyataan tuntutan saman itu, Mohd Roslan mendakwa kedua-dua defendan berkonspirasi menulis sepucuk surat yang mengandungi pernyataan bertulis menggelarnya seorang Muslim yang fasik dan zalim selain digelar anak tidak mengenang jasa kerana mengemukakan tuntutan semula wang itu.
Salinan surat jawapan yang ditulis Ghazali itu didakwa turut dikirim kepada Ketua Hakim Syarie Kedah dan secara tidak langsung ia menjatuhkan maruahnya selaku ahli jawatankuasa (AJK) Pondok Remaja Inabah 1 yang sering berurusan dengan pegawai agama di negeri ini.
Justeru, palintif menuntut gantirugi am RM1.5 juta daripada defendan pertama dan jumlah sama kepada defendan kedua selain permohonan maaf secara terbuka, faedah sebanyak lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif difikirkan patut oleh mahkamah.
Difahamkan, tahun lalu Mohd Roslan turut memfailkan satu tindakan guaman sivil lain di Mahkamah Tinggi Alor Setar menuntut pengisytiharaan wang pusaka milik arwah bapanya berjumlah RM7 juta yang didakwa dilesapkan oleh adik kandungnya itu serta beberapa pihak lain.
Mohd Roslan ketika ditemui di perkarangan mahkamh berkata, maruahnya tercemar dan mahu menggunakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
"Dalam surat itu, saya dilabelkan sebagai seorang anak tidak mengenang jasa dan juga seorang Muslim fasik serta zalim, akibatnya saya menghadapi tekanan yang dashyat," katanya.
towebadministrator@malaysianbar.org.my
dateWed, Feb 24, 2010 at 3:42 AM
subjectmahu saman malu how?
mailed-bygmail.com
hide details 3:42 AM (0 minutes ago)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFdJIVKMMyxqIoxb7ZR1hESq8revaggdjHK6MnrcNtM7ubm2Z5xaDB6D7Ko4WTEGr9PpG7pa518BY16G6DL2Hs1_CqUd3xCA2ZvEEPoo5vb2JoMebBBtPfUF0zWiaAv812aA7upd3KiSzo/s1600-h/pdrm2.jpg
fromwww.ibrahimfuaadah.com <
reply-to"www.ibrahimfuaadah.com" <
">"
tosronoknya@gmail.com
dateTue, Feb 23, 2010 at 6:43 PM
subjectCopy of: saya nak saman bahyah, zawawi & tv9. how much?
mailed-byibrahimfuaadah.com
hide details 6:43 PM (48 minutes ago)
Copy of:
This is an enquiry e-mail via http://ibrahimfuaadah.com/ from:
mal
sila klik untuk laporan polis
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFdJIVKMMyxqIoxb7ZR1hESq8revaggdjHK6MnrcNtM7ubm2Z5xaDB6D7Ko4WTEGr9PpG7pa518BY16G6DL2Hs1_CqUd3xCA2ZvEEPoo5vb2JoMebBBtPfUF0zWiaAv812aA7upd3KiSzo/s1600-h/pdrm2.jpg
No comments:
Post a Comment