MELAKA: “Punah harapan saya apabila anak sulung yang bakal menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan yang berbaki satu semeter saja lagi dan diharapkan menjadi seorang guru hanya sempat menjalani praktikal selama empat hari sebelum menghilangkan diri,” kata seorang bapa, Mohd Yusof Burok, 57, dari Taman Pisang Mas Jaya, Gadek, Alor Gajah, mengenai kehilangan anak perempuannya, Yang Norhafizy, 22.
Mohd Yusof berkata, kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu amat mengejutkan beliau dan isterinya, Fuziah Salllehudin, 47, kerana mereka mendakwa Yang Norhafizy tidak mempunyai sebarang masalah daripada segi sikap dan membuatkan mereka sukar menerima kenyataan itu.
Menceritakan detik sebelum anaknya dilaporkan hilang, Mohd Yusof berkata, Yang Norhafizy yang dipanggil dengan nama timangan ‘Intan’ sudah lebih dua tahun menuntut di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, sebelum dihantar menjalani praktikal mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Kapar, Klang, bermula 4 Januari lalu hingga 21 Februari ini.
Katanya, beliau dan isterinya terkejut apabila menerima surat daripada IPBMM bertarikh 29 Januari lalu yang menjelaskan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) menerima laporan anak mereka tidak hadir melaporkan diri dan gagal menghubungi pihak sekolah, unit praktikum dan penyelia beliau.
Beliau berkata, kandungan surat itu turut mengatakan pihak HEP sudah menghubungi keluarga (bapa) iaitu beliau sendiri berhubung perkara itu, sedangkan beliau mendakwa ia tidak berlaku sehinggalah sehari sebelum surat pemberitahuan berkenaan (28 Januari 2010) dikeluarkan kepada anak mereka yang dihantar ke alamat rumahnya di Alor Gajah yang diterimanya pada 9 Februari lalu kira-kira jam 2 petang.
“Intan ada menghubungi saya selang seminggu selepas tarikh melaporkan diri pada 4 Januari lalu memberitahu dia sudah mengajar dan tinggal menyewa di Lot 3324-2, Batu 6, Sementa, Jalan Kapar, Klang.
“Bagaimanapun, selepas membaca dan meneliti surat dihantar pihak IPBMM itu, saya dapati kemungkinan anak saya tidak menghadirkan diri bertugas di sekolah terbabit pada 8 Januari lalu sehinggalah laporan mengenainya dibuat,” katanya semasa ditemui di Pejabat Pembela BN Negeri Melaka di Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini kelmarin.
Mohd Yusof berkata, keesokannya iaitu selepas sehari menerima surat itu, beliau bersama isteri dan adik lelakinya bergegas ke Klang dan apabila sampai di rumah sewa anaknya kira-kira jam 1 pagi, mereka diberitahu rakan serumah Intan bahawa anaknya itu tinggal di situ selama empat hari saja sebelum meninggalkan rumah sewa berkenaan.
Menurutnya dia juga mendapati hanya pakaian anak perempuannya ada di rumah berkenaan.
“Sebelum itu, rakan serumah anak saya turut mengatakan anak kami memaklumkan pada mereka bahawa dia mahu pulang ke kampung kerana sakit mata.
“Berikutan itu, saya menghabiskan masa selama tiga hari di sana untuk mencari Intan, dan semasa saya menelefonnya dia menangis dan mempersoalkan mengapa saya dan ibunya datang mencari sedangkan dia hendak tidur kerana mengantuk dan menyuruh saya membawa ibunya balik.
“Menerusi jawapannya yang dalam keadaan menangis itu saya dapat merasakan ada sesuatu tidak kena pada anak kami itu, malah sejurus selepas itu, usaha saya menghubunginya gagal,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali Yang Norhafizy diminta menghubungi Mohd Yusof di talian 017-6326402 atau 06-5548297.
ALOR STAR: “Seingat saya, dia kata hendak pergi kerja di luar kawasan selama dua minggu, namun sehingga sekarang tidak pulang menyebabkan anak-anak merinduinya,” kata Rogayah Mokhtar, 42, yang bingung berikutan suaminya, Mohammad Kamal Hussain, 46, tidak pulang ke pangkuan keluarga sejak 18 tahun lalu.
Katanya, suaminya yang ketika itu bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat panggung wayang di Kuala Lumpur dikatakan keluar dari rumah di Setapak Jaya pada 1992 atas urusan kerja di luar kawasan. Rogayah berkata, Mohammad Kamal sering bergerak ke merata tempat kerana syarikat tempat dia bekerja mempunyai cawangan di beberapa negeri. “Walaupun sudah 18 tahun menghilangkan diri, saya tidak berputus asa mencarinya dari Pulau Pinang, Perak, Kelantan hingga ke Johor atau mana saja jika dimaklumkan orang ramai yang ternampak suami saya. “Namun, pencarian saya menemui jalan buntu kerana sehingga sekarang saya tidak dapat mengesan di mana suami saya berada,” katanya. Katanya, seminggu lalu, dia pernah mencari suaminya berdasarkan alamat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Bandar Hilir, Melaka, namun rumah berkenaan didiami keluarga berbangsa lain. Kehilangan suaminya menimbulkan kerinduan kepada dua anaknya, Siti Nursumayyah, 21, dan Siti Intan Nuratika, 18, yang sejak kecil sering bertanya kepada Rogayah mengenai bapa mereka. Malah, Siti Intan Nuratika boleh dikatakan tidak merasai langsung kasih sayang bapanya kerana ditinggalkan ketika masih berusia beberapa bulan. “Sejak kecil, kedua-dua anak saya sering bertanya ke mana bapa mereka pergi dan saya tiada jawapan untuk menjawab pertanyaan mereka dan sering mengelak dari membuka cerita mengenai suami kerana tidak mahu mereka bersedih,” katanya. Sementara itu, Siti Intan Nuratika berharap bapanya segera pulang ke pangkuan keluarga kerana sejak kecil dia tidak pernah melihat wajah bapanya.“Saya berharap jika bapa membaca berita ini segera hubungi kami kerana saya teringin berjumpanya dan hanya diberitahu ibu mengenai bapa,” katanya. Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana Mohammad Kamal berada boleh menghubungi Rogayah di talian 019-3300681.
15 years of praying for dad's return
2010/02/24
MALACCA: For the past 15 years, Nurhazurah Salleh Teo has never missed a day praying for the return of her father, Teo Watt Siong @ Salleh Abdullah.
Having last seen him when she was 11 years old, Nurhazurah has tried every available avenue to track him down, but all of them have come to a dead end.
"I am really longing to meet my father and I have no other option left but to turn to the New Straits Times to help me find him. I believe he is living in Tampin.
"I last saw him when I was in Year 5 and the only thing I have of him is the photograph that I took while sitting on his lap when I was 5 years old.
According to Nurhazurah, her father was originally from Jalan Laksamana Cheng Ho, here.
"I am appealing to anyone who knows my father and if he himself reads this article to contact Rizal Abdullah, the president of the Malacca Chinese Muslim Association at 019-656 0000 to arrange a meeting with me," Nurhazurah said.
Mum seeks help to find missing daughter
By BEH YUEN HUI
KUALA LUMPUR: A worried mother is appealing for the public’s help to locate her daughter who purportedly emptied almost all of the family’s RM100,000 savings before going missing late last year.
Too Lin, 60, said her daughter Wong Ah Nee, 27, drove off in her white Proton Wira at 7am on Dec 15 and has not returned since.
Later, Too Lin discovered that Wong, who was a factory worker, had withdrawn almost all of the family’s savings from four bank accounts, two of which were joint accounts between her husband and daughter.
“The other two accounts belong to my husband, but my daughter is holding the ATM cards. She knows the personal identification number,” she said during a press conference organised by MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Michael Chong on Thursday.
“That was my husband’s savings and we had planned to use the money to settle our housing loans,” she added.
Too Lin, who is from Johor Baru, said the last withdrawal of more than RM30,000 from one of the joint accounts was made three days before Wong went missing.
“It’s not the money. I am worried about my girl’s safety. I want to know if she is fine,” she added.
“If she has any problems, she can always tell us and we will definitely do what we can to help.”
She added that her daughter’s boyfriend of five years told them he did not know where Wong was.
“A week after my girl went missing, he drove her car back to my house. He told me that a friend had told him that the car was parked by the road side near his house,” she said.
“He used a spare key to get into the vehicle and sent it back to me.”
Too Lin lodged a police report at the Tampoi police station on Dec 23 after numerous efforts to locate her daughter failed.
Those with information on Wong’s whereabouts can contact Chong at 03-2161 5678 or Too Lin’s niece at 012-391 0168ORANG KAFIR MOHON ISLAM TOLONG DOAKAN...
Resah hati bapa
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/02/27 JOHOR BAHRU: Risau dengan nasib anak perempuannya yang hilang selepas keluar dari rumah di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram di sini sejak 12 hari lalu, sepasang suami isteri sukar melelapkan mata pada waktu malam lantaran asyik terkenangkan nasib gadis berkenaan.
Lebih merisaukan apabila gadis berbadan gempal, berambut paras leher serta mempunyai tahi lalat bawah bibir kiri dikenali Zainab Abu Bakar, 22, itu mengalami masalah IQ rendah atau lembam manakala tangan kanannya juga lumpuh sejak kecil.
Kali terakhir gadis itu dilihat keluar dari rumah pada 12 Februari lalu dengan hanya berbaju-T dan berseluar trek panjang warna hitam serta berselipar besar tanpa memakai tudung. Bapa mangsa, Abu Bakar Abas, 65, berkata dia dan isteri, Esah Yunus, 58, keluar berniaga dan hanya menyedari ketiadaan Zainab selepas pulang ke rumah pada jam 7 malam sebelum membuat laporan polis pada hari sama.
Katanya, dengan bantuan adik serta jiran, dia cuba mencari mangsa di sekitar kawasan perumahan berkenaan hingga lewat malam, bagaimanapun Zainab gagal ditemui.
Katanya, sebelum ini mangsa pernah beberapa kali hilang tetapi ditemui semula oleh orang ramai yang menghantarnya ke balai polis selepas mendapati gadis lembam itu merayau-rayau seorang diri di kawasan pasar raya berdekatan rumah.
“Sebelum ini, kalau dicari pasti akan jumpa, tetapi kali ini kehilangannya amat merisaukan saya dan isteri kerana sudah lama, namun kami belum menerima khabar berita mengenainya.
“Ketika kejadian, mangsa bersama dua lagi adiknya berusia 21 dan 20 tahun, bagaimanapun mereka turut mengalami masalah IQ rendah dan tidak memahami apa yang berlaku,” katanya.
Sehubungan itu, Abu Bakar merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Zainab supaya menghubunginya di talian 014-6138677 atau ke rumahnya di No 178, Jalan Limau, Taman Tiram Baru, Ulu Tiram di sini.
No comments:
Post a Comment