

Mentua pelakon mengamuk
2010/01/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SHAH ALAM: Gempar seketika apabila bapa mentua penyanyi dan pelakon Raisuddin Hamzah tiba-tiba berang dengan bertindak menumbuk seorang jurugambar The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ketika merakam gambarnya di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Akibat tumbukan itu, jurugambar Ahmad Ihram Mohd Noor, 29, berundur hingga terpaksa bersandar pada dinding bangunan manakala bahagian kanan mukanya terdapat kesan calar.
Bagaimanapun, Ahmad Irham bernasib baik apabila sempat mengelak ketika lelaki itu cuba menumbuk buat kali kedua dalam kejadian jam 10.30 pagi.
Suberi Abdullah, 50, ditenangkan seorang perempuan yang dipercayai isterinya di luar mahkamah.
Difahamkan Suberi turut membaling kerusi sehingga terkena kaki jurugambar pelatih akhbar The Star apabila cuba merakam gambarnya di tingkat lima bangunan itu. Sejurus kejadian itu, Ahmad Irham membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini, pada jam 1.11 tengah hari, semalam. Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Abu Zaky menangguhkan untuk membuat keputusan berhubung rayuan Suberi membubarkan perkahwinan anaknya, Siti Fatimah, 22, dengan Raisuddin, 55, pada 30 Mac depan.
Raisuddin dan Siti Fatimah diwakili peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif, manakala peguam syarie Roshdan Sujak Rafie mewakili Suberi.
Sebelum ini, Suberi membuat rayuan membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dengan Raisuddin yang bernikah tanpa kebenarannya di Songkhla, Thailand, pada 2 Januari 2007
































No comments:
Post a Comment